Friday 26 August 2011

Happy Merdeka Raya


Kemerdekaan ialah suatu kebebasan dari semua aspek. Sesungguhnya, jika tiada kemerdekaan Malaysia mungkin tidak akan menjadi maju seperti hari ini. Walaupun tidak sehebat negara lain, marilah kita semua melakukan yang terbaik untuk negara ini agar Malaysia dapat bersaing dengan negara lain walaupun hanya beberapa aspek. Oleh itu marilah berusaha semaksima mungkin agar Malaysia dapat menjadi negara yang cemerlang menjelang 2020. Merdeka!!!



Sunday 21 August 2011

Selamat Hari Raya 1432H/2011M

Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan .




Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.


Cincin disarung hati berdebar,
Jarinan lembut wajah terhias,
Ramadan disambut penuh sabar,
Aidilfitri disambut dengan meriah. 


Saidina Affan menyusun kata,
Tutur peri yang mulia,
Maaf-bermaafan sesama kita,
Di Aidilfitri yang mulia.



Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Wednesday 17 August 2011

Buletin Ramadan 1432H/2011M Bil.3


أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم.  بسم الله الرحمن الرحيم.  السلام عليكم ورحمة الله
 وبركاته الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحب أجمعين

Tips bagi Ramadan lebih bermakna .

1. Banyakkan berdoa agar Allah S.W.T memberikan keinginan dan semangat beribadat yang tinggi pada Ramadan. Kita kadangkala tertanya diri sendiri ‘ mengapalah malas sangat aku ini .’
Tanpa berbuat apa-apa kita dengan kemalasan melalui Ramadan. Perasaan tak semangat beribadat boleh dirawat dengan meminta  Allah mendatangkan semangat. Berdoa dan berdoa, sebab doa juga adalah ibadat dan ada kuasa tersendiri. 
(Maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya)


2. Pergilah ziarah kubur sebelum atau di awal Ramadan kerana ia akan mengingatkan betapa kurangnya kita persiapan amalan. Ziarah kubur sebenarnya hendak menolong diri kita, bukan sahaja si mati. Sebenarnya ‘time is life’ (masa itu kehidupan). Luang masa itu membunuh kehidupan. Orang yang sudah mati tidak ada masa. Dengan keinsafan berziarah mendorong kita untuk tidak sia-siakan peluang sebulan Ramadan kali ini.
Doa ziarah kubur “Semoga kesejahteraan untukmu wahai penduduk kampung dari orang-orang mukmin dan muslim.Sesungguhnya kami Insya Allah, akan menyusulmu, kami mohon kepada Allah untuk kami dan kamu, agar diberi keselamatan” (HR. Muslim 2/671).


3.Meriahkan kehadiran Ramadan dengan perbanyakkan ucapan sesama sahabat dan keluarga dengan kata-kata semangat agar bertambah ‘ghairah’ dan bermakna dalam bulan berkat ini.
Dalam sunnah pun Nabi S.A.W selalu memberikan khabar gembira kepada kalangan sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR Ahmad)


4. Tambah ilmu fiqah mengenai cara berpuasa Nabi Muhammmad S.A.W dan kalangan sahabat serta salafussoleh serta kelebihan Ramadan dan fadilatnya dengan membaca buku ataupun menghadiri ceramah dan tazkirah Ramadan yang diadakan di pejabat dan surau masjid agar berpuasa dengan panduan ilmu, bukannya ikut adat.


5. Perbanyakkan istighfar dan taubat secara bersungguh-sungguh kerana dosa-dosa inilah yang akan memalapkan kejernihan hati untuk berseronok dengan ibadat. Tinggalkan dosa dan maksiat. Anggaplah Ramadan kali ini sebagai satu ‘madrasah’ (sekolah) yang berkesan mengubah hati, akal dan nafsu yang selama ini menjadi pak turut kepada syaitan yang menjadi seteru Allah.
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31) 


6. Berbisiklah pada diri, berkemungkinan puasa kali ini adalah puasa yang terakhir dalam hidup kita sebab umur adalah dalam kekuasaan Allah. Semoga Allah S.W.T memanjangkan usia kita sehingga dapat berpuasa sepenuhnya kali ini.
وبالله التوفيق والهدايه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Disediakan oleh : Panitia Pendidikan Islam.

Buletin Ramadan 1432H/2011M Bil.2



أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم.  بسم الله الرحمن الرحيم.  السلام عليكم ورحمة الله

 وبركاته الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحب أجمعين


Nabi Bersabda , " Solat lima waktu , Jumaat ke Jumaat , Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa- dosa besar". (HR Muslim )

Nabi S.A.W bersabda , " Apabila datang bulan Ramadan , kerjakalah umrah kerana umrah pada bulan Ramadan menyamai Haji." ( HR Bukhari )

Nabi S.A.W bersabda , "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang musafir". ( HR Bukhari )

Nabi S.A.W bersabda , " Doa yang tidak akan ditolak bagi orang yang berpuasa ialah ketika dia berbuka" ( HR Ibn Majah )

Nabi S.A.W bersabda , "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa , iaitu pahala orang yang berpuasa  tidak kurang walau sedikit". ( HR At Tarmizi )

Nabi S.A.W bersabda , "Apabila seseorang itu berpuasa , maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata :  sesungguhnya aku berpuasa".
(HR Bukhari dan Muslim )

Nabi S.A.W bersabda , "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut pintu  Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan : "Di manakah orang yang berpuasa?". Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk , maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya". (HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Umamah r.a. Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W  "Tunjukkan aku satu amalan yang membolehkan aku masuk syurga” Rasulullah S.A.W bersabda" hendaklah kamu berpuasa , tiada lagi yang seumpamanya". ( HR Ibn Hibban )

Nabi S.A.W bersabda : "Puasa adalah perisai yang akan melindungi seseorang daripada api neraka".
( HR Ahmad )


وبالله التوفيق والهدايه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Disediakan oleh : Panitia Pendidikan Islam.

Tuesday 16 August 2011

Buletin Ramadan 1432H/2011M Bil.1



أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم.  بسم الله الرحمن الرحيم.  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحب أجمعين
Marilah kita sama-sama mengucapkan ” Marhaban Ya Ramadan ”
Mengucapkan ”Marhaban Ya Ramadan ” ( Selamat Datang Ramadan) dengan ikhlas menunjukkan kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini.
Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan Ramadan.
Rasulullah mengucapkan tahniah kerana kedatangan Ramadan.
Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda
” Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadan , bulan yang penuh keberkatan. Allah memfardhukan ke atas kamu  berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan . Padanya ada suatu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu , maka sesungguhnya dia telah dijauhkan daripada kebajikan. ”
( Riwayat Ahmad)
”Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat.”( Riwayat Muslim)
”Sesiapa sempat bertemu Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah ” ( Riwayat Ibnu Hibban ).
” Sesiapa yang berpuasa kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala daripada Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah. ” ( Riwayat Imam al Bukhari )
Matlamat puasa ialah TAQWA.
Erti  taqwa secara mudah ialah melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah.
Taqwa itu berkaitan dengan sikap kepatuhan seseorang terhadap perintah Allah dan Rasulnya, baik perintah itu berupa suruhan atau larangan.
Secara ringkas orang yang bertaqwa ialah orang yang menjunjung dan patuh kepada perintah Allah.
” Wahai orang-orang yang beriman , telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat – umat sebelum kamu , moga kamu menjadi orang yang TAQWA. ” ( Al Baqarah : 183 )
Marhaban Ya Ramadan
Selamat berpuasa dan semoga Ramadan kali ini merupakan Ramadan yang TERBAIK  bagi kita semua. InsyaAllah. Amin.

وبالله التوفيق والهدايه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Disediakan oleh : Panitia Pendidikan Islam.

Monday 8 August 2011

PERCUBAAN PMR 2011


JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 2011

TARIKH
WAKTU
KOD
MATA PELAJARAN
MASA
8 Ogos 2011
Isnin
7.50 – 9.50 pg
02/2
Bahasa Melayu 2
2 jam
10.00 – 11.00  pg
02/1
Bahasa Melayu 1
1 jam
11.00 – 11.20  pg
Rehat
11.20 – 1.00 ptg
Latih Tubi Geografi – GKMP Kemanusiaan
1.15 – 2.30 ptg
23/1
Geagrafi 1
1 jam 15 minit
9 Ogos 2011
Selasa
7.40 – 9.40  pg
Latih Tubi Matematik – GKMP Sains & Matematik
9.40 – 11.00 pg
Latih Tubi Bahasa Inggeris – GKMP Bahasa
11.00 – 11.20 pg
Rehat
11.30 – 12.30 tgh
12/1
Bahasa Inggeris 1
1 jam
1.00 – 2.30 ptg
12/2
Bahasa Inggeris 2
1 jam 30 minit
10 Ogos 2011
Rabu
7.50 – 9.05 pg
50/1
Matematik 1
1 jam 15 minit
9.15 – 11.00 pg
50/2
Matematik 2
1 jam 45 minit
11.00 – 11.20 pg
Rehat
11.20 – 12.00 tgh
Latih Tubi KH – GKMP Kemanusiaan


12.30 – 2.00 ptg
76/1
Kemahiran Hidup Bersepadu – Kemahiran Teknikal 1


1 jam 30 minit
77/1
Kemahiran Hidup Bersepadu – Ekonomi Rumah Tangga 1
79/1
Kemahiran Hidup Bersepadu – Perdagangan Dan Keusahawanan
11 Ogos 2011
Khamis
8.00 – 9.15 pg
21/2
Sejarah 1
1 jam 15 minit
9.45 – 10.45 pg
55/1
Sains 1
1 jam
11.00 – 11.20 pg
Rehat
11.20 – 12.50 tgh
Latih Tubi Sains – GKMP Sains & Matematik
1.00 – 2.30 ptg
55/2
Sains 2
1 jam 30 minit
12 Ogos 2011
Jumaat

8.00 – 10.00 pg
45/1
Pendidikan Islam 1

2 jam
32/2
Bahasa Cina 2
33/2
Bahasa Tamil 2
10.20 – 10.40 pg
Rehat


10.50 – 11.50 pg
32/1
Bahasa Cina 1
1 jam
33/1
Bahasa Tamil 1
Pelajar muslim : Latih Tubi PI – GKMP Kemanusiaan
Pelajar bukan muslim yang tidak ambil BC & BT : Latih Tubi Matematik – GKMP Sains & Matematik






                                    
Semua kertas soalan boleh diperoleh di Bilik Peperiksaan.
Semua pelajar dikehendaki menyediakan kertas objektif dan kertas kajang sekolah yang boleh dibeli dari Koperasi Sekolah.
Kerjasama semua guru dan pelajar amat diharapkan dan diucapkan terima kasih.
Sekian.  Harap maklum.

Tentatif tarikh:
19 Ogos 2011 : Habis permarkahan
22 & 23 Ogos 2011 : Key in markah SAPS

Sekiranya terdapat sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
Sumber: S/U Peperiksaan -Pn Sua Yen Mei
 


Latih Tubi