Sunday 20 November 2011

Selamat Bercuti

SELAMAT BERCUTI AKHIR TAHUN

Selamat bercuti akhir tahun kepada semua pelajar SSN(M) SMKSK.

Sekolah akan bercuti mulai 19 November 2011 hingga 3 Januari 2012.

Semasa cuti sekolah pelajar-pelajar hendaklah melakukan aktiviti yang berfaedah dan menjaga keselamatan diri sendiri semasa musim cuti ini.

Sekolah akan di buka semula pada 4 Januari 2012.

It's like your children talking about holidays, you find they have a quite different memory of it from you. Perhaps everything is not how it is, but how it's remembered. ~Denis Norden

Thursday 17 November 2011

Netball Peringkat Kebangsaan 2011

Karnival Sukan Sekolah Sukan Negeri Peringkat Kebangsaan 2011
Anjuran: Jabatan Pelajaran Selangor
Tarikh: 8-12 November
Hari: Selasa-Sabtu
Tempat: Selangor
Pencapaian: Tempat Ketiga

  Dari Kiri Atas: Amirah,Norshida,Nurul Eleya,Nurul Hidayah,Hidayah Hisyam
                        Dari Kiri Bawah: Nadia,Izan Norain,Khairunnisa,Nuranis                                                     

Tahniah kepada semua atlet dan guru yang terlibat..

Sunday 13 November 2011

SPM & STPM 2011

Kepada semua pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas yang dikasihi dan disayangi..

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
SPM DAN STPM 2011

Moga kejayaan sentiasa mengiringi anda...


Kami selalu mendoakan anda...
-Guru-guru SSN(M) SMK SERI KOTA.-

Wednesday 2 November 2011

Salam Aidil Adha 1432H

Commonly known as Hari Raya Haji, this festival marks the culmination of the Hajj pilgrimage to Mekah which is performed by millions of Muslims annually. It is also known as Hari Raya Qurban. Muslims in the country celebrate the festival with prayers and the sacrifice of cattle.


Maksud Firman Allah SWT
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan berkorbanlah”
Al-Kauthar : 2
 
HIKMAH, KEPADA SIAPA IBADAH KORBAN DISUNATKAN DAN SYARAT SAH KORBAN
sumber: http://www.al-azim.com
HIKMAH BERQURBAN
  • Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.

  • Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.

  • Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN
  • Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.

  • Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.
SYARAT SAH QURBAN
  • Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.

  • Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.

  • Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.
 

Aktiviti Selepas PMR

Lawatan Ke Muzium dan Tempat-tempat Bersejarah.
-Bandar Hilir Melaka.
Tarikh: 02 November 2011
Hari: Rabu

Jamuan Akhir Tahun 2011

Tarikh: 31 Oktober 2011
Hari: Isnin
Tempat: Dewan Terbuka SSN SMKSK.
Anjuran: Kelab Keluarga SSN SMKSK.
Majlis dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah serta turut meraikan perpindahan Pn Ramnah.

Pelbagai juadah menarik dihidangkan berserta dengan persembahan nyanyian oleh artis jemputan..