Sunday 28 October 2012

Jadual Waktu STPM Penggal 1 (2013)

Penggal 1 STPM 2013 http://www.scribd.com/doc/111421416/Penggal-1-STPM-2013
Semoga berjaya untuk pelajar-pelajar tingkatan 6 Bawah Tahun 2012 ini..

Jadual Waktu STPM 2012

Jadual Waktu STPM 2012 http://www.scribd.com/doc/111420340/Jadual-Waktu-STPM-2012
Semoga berjaya untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas tahun 2012 ini.

Jadual Waktu SPM 2012

JW SPM 2012 Sumber: http://www.moe.gov.my/lp/files/spm/2012/JW%20SPM%202012.pdf
Semoga berjaya untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 tahun 2012 ini.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dilencarkan pada 11 September 2012 oleh Menteri Pelajaran Malaysia. Berikut adalah maklumat berkaitan PPPM tersebut yang boleh diperolehi secara percuma di pautan di bawah. Dokumen tersebut juga boleh diperolehi diblog ini seperti berikut: Laporan Awal http://www.scribd.com/doc/110153207/Laporan-Awal

Wednesday 24 October 2012

Salam Aidil Adha 1433H




Amalan-Amalan Di Bulan Zulhijjah
    Bulan Zulhijjah adalah bulan haji, maka ibadat haji adalah menjadi keutamaan dikerjakan di bulan ini. Bagi yang mengerjakan haji, kita doakan mereka pergi dan kembali dalam keadaan selamat. Moga ibadah haji mereka akan diterima Allah SWT.
    Bagi yang masih belum berkesempatan dan belum berkemampuan, bersabarlah dan sentiasalah memasang cita-cita untuk ke Makkah di tahun akan datang, InsyaAllah. Pada 10 Zulhijjah (25 Oktober 2012) ini, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji atau disebut juga dengan Hari Raya Korban dalam bahasa Arabnya Idul Adha. Kita disunatkan bersolat sunnat 'Id di pagi harinya dan disunnatkan menyembelih binatang ternak yang berkaki empat (unta, lembu atau kambing).
    Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah adalah dikenali dengan Hari Taysrik yang mana korban masih disunnatkan lagi dilakukan. Disunatkan juga kita bertakbir setiap masa khasnya selepas solat pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah tersebut dan diharamkan kita berpuasa padanya. 

Sumber info: http://www.al-azim.com

Pengumuman: Sekolah Kita Akan bercuti pada hari Khamis 25 Oktober 2012 Dan Jumaat 26 Oktober 2012 ini sempena menyambut Aidil Adha. Harap maklum. 

Sunday 21 October 2012

LAWATAN SMK JAMBU BONGKOK MARANG TERENGGANU

Tarikh  :  19 Oktober 2012
Hari     :   Jumaat
Masa   :   11.00 - 12.00 Pagi
Tempat  :  Pusat Sumber/Kawasan Sekolah
 
 
     
   

Wednesday 10 October 2012

Pengetua Baru SSN SMKSK

Selamat datang dan selamat bertugas kami ucapkan kepada Tuan Haji Daud bin Abdull ke sekolah kami selaku Pengetua bermula pada 01 November 2012. Kehadiran tuan amatlah kami alu-alukan.
Tuan Haji Daud bin Abdull
























Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG)

Perhatian kepada semua guru-guru, sila isikan Aplikasi On-Line Sistem Pengurusan Latihan Guru
(Modul Individu)
di alamat url berikut:

http://apps.moe.gov.my/splg/


Harap maklum.

Sunday 7 October 2012

Pertandingan Dondang Sayang 2012

PeringkatSekolah Menengah Negeri Melaka
Anjuran : Jabatan Pelajaran Melaka
Tarikh: 26 September 2012 (Rabu)
Masa: 11.00 pagi hingga 2.30 petang
Tempat: Mydin Mall, MITC Ayer Keroh, Melaka.

SSN SMK Seri Kota telah menghantar 2 pasukan dondang sayang yang terdiri daripada:
Pasukan 1: Khaireen Afiqah Binti Rosli dan Amy Fazira Bin Amir Zafri
Pasukan 2: Mohd Amirul Shafiq Bin Dawood dan M.Nooramizamsyah Bin Azmi

Keputusan Pertandingan:
Johan Pasangan Terbaik:
Khaireen Afiqah Binti Rosli dan Amy Fazira Bin Amir Zafri
(2tahun berturut-turut-2011 & 2012)

Johan Individu Terbaik:
Khaireen Afiqah Binti Rosli

Naib Johan Individu Terbaik:
Amy Fazira Bin Amir Zafri

Johan Keseluruhan:
SSN  SMK Seri Kota (telah mengumpul markah tertinggi)



Rekod Pencapaian:
Khaireen Afiqah Binti Rosli
*Telah berjaya mengekalkan kejuaraan selama 4 tahun berturut-turut dalam pertandingan dondang sayang sekolah-sekolah menengah negeri Melaka (2009, 2010, 2011, dan 2012)
 *2009- Johan pertandingan dondang sayang peringkat Kebangsaan sempena Hari Belia Negara di MITC Melaka. (Berpasangan dengan Khairil Fadzly Bin Rosli)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang yang telah mengharumkan nama sekolah kita..

#photo:creadit to Athirah..

Pelepasan Cuti Secara Bergilir Semasa Peperiksaan PMR 2012


Pihak sekolah telah mengambil keputusan untuk memberi pelepasan cuti bergilir semasa peperiksaan PMR 2012 berlangsung. Surat JPM.SPS.UPP 600-7/8(24) bertarikh 12 September 2012 adalah dirujuk.
Ketetapan cuti adalah seperti berikut:

Tarikh
Hari
Tingkatan
09.10.2012
Selasa
4A,4B,4C,4G
10.10.2012
Rabu
4D,4E,4F,4G
11.10.2012
Khamis
6BA,6BB,6BC
15.10.2012
Isnin
1A,1B,1C,1D,2A,2B,2C,2D
16.10.2012
Selasa
1A,1B,1C,1D,2A,2B,2C,2D

Sekian untuk makluman. Terima Kasih.
En Abd Ghani Bin Ahmad
-GPK Pentadbiran-


#Masa itu emas..penuhilah masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah.

Wednesday 3 October 2012

Jadual PMR 2012

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan jadual waktu peperiksaan bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012. Jadual waktu tersebut boleh didapati di portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. Di bawah ini turut dipaparkan jadual waktu penuh bagi PMR 2012. jadual PMR 2012 Merujuk kepada jadual waktu PMR 2012 di atas dan tarikh peperiksaan PMR 2012, peperiksaan bertulis akan berlansung mulai 9 – 11 Oktober dan 15 – 16 Oktober 2012. Turut disertakan dalam dalam fail di atas ialah Borang Pengesahan Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan PMR 2012 Telah Dibaca. Jadual di atas adalah Jadual Waktu Peperiksaan sebenar untuk PMR 2012. Jangan lupa untuk membaca keseluruhan maklumat yang terdapat dalam fail tersebut dan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon PMR 2012!