Tuesday 16 July 2013

Program Mencari Ramli TV3...

Tahniah..!! Kepada pelajar MUHAMMAD NIZARRUDDIN (1B) kerana terpilih ke Machester United ...dalam program Mencari Ramli tv3...





 

NBOS - Strategi Lautan Biru Kebangsaan

Video pengenalan kepada Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy (NBOS):

Sumber: Buletin KPM

Tuesday 9 July 2013

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!



Pengetua SSNSMKSK Tn Hj Daud Bin Abdull mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadan kepada semua warga sekolah SSNSMKSK terutamanya guru-guru dan kakitangan sokongan, pelajar-pelajar, kakitangan pembersihan, unit kawalan keselamatan, pihak dewan makan, dan juga pihak kantin sekolahyang akan menjalani ibadah tersebut bermula esok.
Semoga ibadah kita tahun ini dapat disempurnakan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, insya-Allah..

Berikut adalah lampiran Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi negeri Melaka 2013:

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa by shaleyatim





Liga Bola Sepak KPM 2013

Tarikh: 08 Julai 2013 (Isnin)
Masa: 3.30ptg - 6.30ptg
Tempat: Padang Bola Sepak, SSN SMK Seri Kota, Melaka.

Perlawanan antara pasukan bola sepak :
SSN SMK Seri Kota, Melaka vs SSN SMK Datuk Peter Mojuntin, Sabah.


Keputusan Perlawanan:


SSN SMK Seri Kota, Melaka
SSN SMK Datuk Peter Mojuntin, Sabah.

Pasukan Bawah 17
4
0
Pasukan Bawah 14
0
3



MSSM-WALAA-SSSC Little Athletics Championship


Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar SSNSMKSK iaitu KHAIRIL ANUAR BIN KHAIRUL NIZAM (3B) dan ASNAWI BIN HASHIM (3C) yang sekali lagi telah mengharumkan nama sekolah di atas kejayaan mendapat pingat emas dalam acara yang telah diambil.
Syabas diucapkan kepada Tn Hj Daud Bin Abdull (Pengetua SSNSMKSK) selaku Ketua Kontigen atas kejayaan yang membanggakan ini.
Barikut adalah beberapa rekod keputusannya:

Asnawi Bin Hashim: Pingat Emas (Acara 100m)












Khairil Anuar Bin Khairul Nizam: Pingat Emas (Acara 400m)


Acara 4x100m

















Sumber: http://mssj.edu.my/tf/result/la2013/

Monday 8 July 2013

Sukan Polo Air (SUKMA 2013)

Tarikh:  4 Julai 2013 (Khamis)
Tempat: Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Syabas  diucapkan kepada Skuad Polo Air Lelaki Melaka yang telah meraih pingat emas pada Sukma 2013 dan tahniah ditujukan khas untuk wakil pelajar SSNSMKSK iaitu Eng Boon Wei (5D) kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah sekalli lagi.






Sumber: Kosmo (5 Julai 2013) dan Pn Rosni Selamon (Guru Kelas 5D).

Sunday 7 July 2013

Pertandingan Pidato 1Malaysia

(Bukan Melayu) Peringkat Negeri Melaka 2013
Tarikh :  6 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan Besar SMK Datuk Haji Talib Karim, Alor Gajah, Melaka.
Anjuran: Jabatan Penerangan Malaysia
Dirasmikan oleh: YB Datuk Koh Nai Kwong (Ahli Parlimen Alor Gajah)


Tahniah diucapkan kepada Eric (6BB) kerana telah memenangi tempat ke 3 dan telah membawa pulang hadiah berbentuk trofi dan wang tunai sebanyak RM500 dan juga kepada Kirby (6BB) kerana berjaya meraih hadiah saguhati (RM300 dan trofi).
Syabas diucapkan kepada guru pengiring iaitu Pn Loy In Tiau kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah SSNSMKSK.
Tahniah juga diucapkan kepada bekas kaunselor SSNSMKSK En Chan Cheng Ho (Juara)




Wednesday 3 July 2013

Semarak Teater Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Kebangsaan 2013


Tarikh : 26 - 30 Jun 2013

Tempat : Taman Budaya Perlis, Perlis Indera Kayangan


Anjuran:

1. Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
     Kementerian Pelajaran Malaysia
2. Unit Kokurikulum
    Jabatan Pelajaran Negeri Perlis


TOPIK
BUTIRAN

Pencapaian Negeri Melaka

1. Mirrah Dzakirah binti Mohd Pouzi
    (Platinum dan Pelakon Wanita Terbaik - Keseluruhan)
2. Nabihah binti Nordin (Platinum)
3. Lim Shi Hing (Platinum dan Sinografi Terbaik)
4. Muhammad Amirul bin Zainal (Platinum dan Sinografi Terbaik)
5. Muhammad Uzairul Irfan bin Musli (Platinum)
6. Nurul Nabila binti Nasrul (Platinum)






Kejayaan paling besar Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Melaka adalah apabila Mirrah Dzakirah binti Mohd Pouzi daripada SMK Seri Kota, Melaka dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik (Keseluruhan). 
Beliau yang pernah meraih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi Pertandingan Sketsa Rukun Negara 2012 melakonkan watak Puteri Ratna Sari dengan cukup bertenaga dan berkesan. Beliau telah mengharumkan nama Jabatan Pelajaran Melaka pada peringkat kebangsaan apabila naik ke pentas menerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Keseluruhan) daripada Pengarah Pelajaran Negeri Perlis dan wakil Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tahniah diucapkan.


Sumber: En Steven Chan (Guru Pembimbing)