Tuesday 31 December 2013

Mesyuarat Guru Kali Pertama

Tarikh: 30 Disember 2013 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.30 petang
Tempat: Bilik Tayang, SSNSMKSK.




Pihak sekolah juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru 2014. Semoga permulaan tahun baru ini kita sulami dengan tekad dan iltizam yang jitu dalam memajukan diri, keluarga dan masyarakat.


Monday 30 December 2013

MAKLUMAN SESI PERSEKOLAHAN 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2014 akan bermula pada 2 Januari 2014 (Khamis).
Oleh itu, pihak sekolah akan mengadakan sesi pendaftaran tingkatan 1 dan pendaftaran asrama bagi pelajar-pelajar SSNSMK Seri Kota seperti ketetapan berikut:

Pendaftaran Tingkatan 1
Tarikh :
1 Januari 2014 (Rabu)
Masa:
9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat:
Dewan Terbuka SSN SMK Seri Kota









Pendaftaran Asrama
Tarikh :
1 Januari 2014 (Rabu)
Masa:
11.00 pagi (bagi pelajar tingkatan 1)
4.00 petang (bagi pelajar tingkatan 2,3,4&5)
Tempat:
Dewan Makan Asrama SSN SMK Seri Kota









Selamat datang diucapkan kepada warga baru terutamanya pelajar-pelajar tingkatan 1 ke SSNSMKSK. Kepada warga SSNSMKSK pula,  selamat kembali ke sekolah.

Pada hari Khamis 2 Januari 2014, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan dijalankan seperti biasa. 
Semoga  tahun 2014 akan menjadi lebih baik dari tahun 2013. Insyaallah..






















Wednesday 18 December 2013

Keputusan PMR 2013

Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang telah mencapai keputusan cemerlang PMR 2013 iaitu:

Nama Pelajar Cemerlang
Keputusan
Mohammad Izzul Aiman Bin Dzulkifli
8 A
Siti Hani Syafiqah Binti Mohd Yunus
7 A , 1 B
Siti Shifarain Binti Mazlan
7 A , 1 B



Tahniah juga diucapkan kepada semua calon PMR yang telah mendapat keputusan yang memuaskan dan juga terima kasih kepada semua guru yang telah bertungkus-lumus membimbing calon PMR 2013.


Senarai Harga Buku Tulis dan Keperluan Pelajar Tahun 2014



Koperasi sekolah akan dibuka oada 23, 24, 25, 26, 27, 30 dan 31 Disember 2013.

Sumber: Koperasi SSN SMK Seri Kota Melaka Berhad.

Thursday 5 December 2013

TAKWIM SEKOLAH 2014


Sumber: http://www.moe.gov.my


MUET

STPM PENGGAL 2 TAHUN 2014

STPM ULANGAN PENGGAL 3 TAHUN 2013

Sumber: http://www.mpm.edu.my

Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia



Rasional

Seperti lurusnya huruf Alif, penggunaan huruf 'I' melambangkan INSAN, ILMU dan IMAN. 3 'l' ini adalah teras konsep logo ini. Pendekatan menggunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘I’ itu. Kegunaan huruf 'I' umpama lurusnya 'Alif' melambangkan insan dan iman, juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasi fikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘I’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah 'I' melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berakhlak mulia.


Rekabentuk oleh:
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)

Sumber: http://www.moe.gov.my