AMANAT PENGETUA

En Md Isa Bin Jani


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Satu Malaysia dan Salam ‘Melaka Maju, Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau’. ‘Mendidik Dari Hati Dengan Penuh Integriti’.  ‘Beat The Time, Beyond Target, Build The Champion’, ‘Berdisiplin, Berdedikasi, Berjaya’, ‘Above And Beyond Others SSN Melaka Terbilang’.
Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. atas segala nikmat yang telah diberikan. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuah terima kasih kepada guru-guru SSN SMK Seri Kota, Melaka yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan semua program yang dirancang pada tahun 2017.  Semoga segala usaha murni tuan-tuan dan puan-puan diberkati serta mendapat rahmat-Nya.
Tahun 2018 SSN SMK Seri Kota akan lebih rancak memacu ke arah Gelombang 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang menuntut warga pendidikan berfikir di luar kotak dan mengaplikasikan strategi lautan biru supaya terus berdaya saing dan dihormati.  Selain dengan slogan sekolah untuk melahirkan juara dalam bidang sukan, akademik mahupun sahsiah terpuji.
Kepada semua warga pendidik SSN SMK Seri Kota, Melaka, pertingkatkan usaha untuk menambah pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran.  Selain itu, mempraktikkan amalan bekerja berteraskan MMI (Melindungi Masa Instruksional) untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dengan harapan KPI sekolah tercapai.
Semua guru juga dituntut agar perhebat pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri murid sejajar dengan kaedah Pembelajaran Abad ke-21.  Hal ini kerana guru menjadi pelaksana yang dapat melestari dan memperhebat perjalanan semua program pendidikan untuk memastikan transformasi kekal di landasan yang betul. Kebolehan berfikir itu tidak terhad di dalalm bilik darjah sahaja malahan boleh diaplikasikan di luar bilik darjah ketika bersukan mahupun aktiviti-aktiviti lain yang disertai. Kesabaran, ketabahan dan sikap positif guru-gurulah yang akan berjaya mentransformasi sekolah serta murid ke fasa baharu. 
Akhir kata, kita mesti bersatu agar sekolah kita terus cemerlang, bak kata peribahasa “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.”  Teruskan tekad, gandakan usaha semoga dengan kedatangan tahun baharu 2018 semangat yang membara begini dapat dikekalkan dengan niat yang betul dan ikhlas dalam mendidik generasi pewaris masa depan negara.
Sekian, terima kasih dan selamat bertugas

Wabillahi al-taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

BEAT THE TIME, BEYOND TARGET, BUILD THE CHAMPION

EN MD ISA BIN JANI
Pengetua,
SSN SMK Seri Kota, Melaka

No comments:

Post a Comment