LAMAN UTAMA

Friday, 28 December 2012

Etika Pakaian Pelajar


Photo: Etika Pakaian Pelajar SSN SMK Seri Kota

#terima kasih kepada semua pihak penaja dan juga kepada cikgu steven chan..

Thursday, 27 December 2012

In House Trainning PBS Tingkatan 2

TARIKH  :  19 / 20 DISEMBER 2012
TEMPAT  :  SSN SMK SERI KOTA , MELAKA

Friday, 14 December 2012

SKETSA RUKUN NEGARA 2012



KELAB 1MALAYSIA
PERINGKAT NEGERI MELAKA
SEMPENA SAMBUTAN
MELAKA 750 TAHUN

 Tajuk Sketsa:
Rukun
ر و كو ن
Peaceful
支柱
கோட்பாடு
 Arahan:
KHAIREEN AFIQAH BINTI ROSLI
 Skrip:
THARANI A/P KUMAR
Tarihk:
11 DISEMBER 2012 (SELASA)
Tempat:
DEWAN BESTARI
JABATAN PELAJARAN MELAKA
 Pencapaian:
Johan Terbaik Keseluruhan
Johan Pengarah Terbaik
{KHAIREEN AFIQAH BINTI ROSLI}
Johan Pelakon Wanita Terbaik
{MIRRAH DZAKIRAH BINTI MOHD POUZI}





tahniah kepada siti, mat som, bedah, danial, minah dan krew2 yang terlibat... terutama sekali buat cikgu En. Steven Chan yg berhempas pulas menghasilkan skrip yg membuatkan kebanyakan penonton menitiskan air mata.....dan juga buat cikgu Pn Sharifah Bt Atan yang telah berusaha berlatih hingga larut malam setiap hari....apapun semuanya yang terrrrrbaik utkmu ....SMK SERI KOTA.....TAHNIAH DAN TAHNIAH...

Wednesday, 21 November 2012

Takwim Persekolahan 2013

Takwim 2013
Jangan sesekali merempit!!!! dan jangan main game saja... : )

Selamat Cuti Sekolah

Cuti sekolah datang lagi, Warga SSNSMKSK mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru dan pelajar di seluruh Malaysia. Di sini ada sedikit pesanan dari warga SSNSMKSK kepada pelajar-pelajar sepanjang cuti persekolahan.
1. Gunakanlah cuti ini untuk mengeratkan hubungan bersama keluarga, terutamanya pelajar yang tinggal di asrama.
2. Jangan terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak, merempit, jenayah dan sebagainya.
3. Jaga kesihatan dan keselamatan diri, terutamanya yang selalu menaiki motosikal.
4. Siapkan latihan cuti sekolah yang diberi.
Semoga kita berjumpa lagi selepas cuti dengan semangat belajar yang lebih tinggi.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dilencarkan pada 11 September 2012 oleh Menteri Pelajaran Malaysia. Berikut adalah maklumat berkaitan PPPM tersebut yang boleh diperolehi secara percuma di pautan di bawah. Dokumen tersebut juga boleh diperolehi diblog ini seperti berikut: Laporan Awal http://www.scribd.com/doc/110153207/Laporan-Awal

Wednesday, 24 October 2012

Salam Aidil Adha 1433H




Amalan-Amalan Di Bulan Zulhijjah
    Bulan Zulhijjah adalah bulan haji, maka ibadat haji adalah menjadi keutamaan dikerjakan di bulan ini. Bagi yang mengerjakan haji, kita doakan mereka pergi dan kembali dalam keadaan selamat. Moga ibadah haji mereka akan diterima Allah SWT.
    Bagi yang masih belum berkesempatan dan belum berkemampuan, bersabarlah dan sentiasalah memasang cita-cita untuk ke Makkah di tahun akan datang, InsyaAllah. Pada 10 Zulhijjah (25 Oktober 2012) ini, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji atau disebut juga dengan Hari Raya Korban dalam bahasa Arabnya Idul Adha. Kita disunatkan bersolat sunnat 'Id di pagi harinya dan disunnatkan menyembelih binatang ternak yang berkaki empat (unta, lembu atau kambing).
    Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah adalah dikenali dengan Hari Taysrik yang mana korban masih disunnatkan lagi dilakukan. Disunatkan juga kita bertakbir setiap masa khasnya selepas solat pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah tersebut dan diharamkan kita berpuasa padanya. 

Sumber info: http://www.al-azim.com

Pengumuman: Sekolah Kita Akan bercuti pada hari Khamis 25 Oktober 2012 Dan Jumaat 26 Oktober 2012 ini sempena menyambut Aidil Adha. Harap maklum.