Pada 2/1/2012 – 4/1/2012 iaitu pada hari Rabu, Khamis, dan Jumaat telah
diadakan Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bertujuan
untuk memberikan
pendedahan kepada para pelajar tentang persekitaran sekolah menengah di
samping memupuk sikap jatidiri di kalangan mereka dalam mematuhi
disiplin sekolah dan meningkatkan kualiti diri.
Program ini juga diadakan bagi
memastikan pelajar yang baru menempuhi alam sekolah menengah dapat
menyesuaikan diri dengan baik dan dapat menguasai ilmu yang diberikan
guru dengan sempurna. Selain itu pelajar juga didedahkan dengan
bilik-bilik khas di sekolah dengan bantuan Lembaga Pengawas yang
dilatih untuk membawa pelajar melawat persekitaran sekolah. Lawatan ini
penting bagi memastikan pelajar dapat mengenali sekolah dengan lebih
dekat serta menyuburkan budaya sayangi sekolah di kalangan pelajar.
Program
yang telah dijalankan seperti taklimat Unit Bimbingan dan Kaunseling,
Pemilihan Matapelajaran serta aktiviti
daripada Lembaga Pengawas telah banyak membantu pelajar
Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 dalam menyesuaikan diri dalam persekitaran
di sekolah serta memantapkan jatidiri pelajar dalam menuntut ilmu yang
diberikan oleh guru-guru nanti.
 |
Keratan akhbar: Melaka Hari Ini (muka surat 27) |
Semoga
dengan berlangsungnya program seumpama ini dapat merealisasikan hasrat
sekolah untuk melahirkan pelajar yang lebih berkeyakinan dan berdedikasi
dalam proses menimba ilmu di sekolah.