Sunday, 21 July 2013
MAJLIS TEMU MESRA 2013
Tarikh: 19 Julai 2013 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat: Kelas- Kelas Pelajar
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat: Kelas- Kelas Pelajar
Tuesday, 16 July 2013
Program Mencari Ramli TV3...
Tahniah..!! Kepada pelajar MUHAMMAD NIZARRUDDIN (1B) kerana terpilih ke Machester United ...dalam program Mencari Ramli tv3...
NBOS - Strategi Lautan Biru Kebangsaan
Video pengenalan kepada Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy (NBOS):
Sumber: Buletin KPM
Sumber: Buletin KPM
Tuesday, 9 July 2013
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!
Pengetua SSNSMKSK Tn Hj Daud Bin Abdull mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadan kepada semua warga sekolah SSNSMKSK terutamanya guru-guru dan kakitangan sokongan, pelajar-pelajar, kakitangan pembersihan, unit kawalan keselamatan, pihak dewan makan, dan juga pihak kantin sekolahyang akan menjalani ibadah tersebut bermula esok.
Semoga ibadah kita tahun ini dapat disempurnakan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, insya-Allah..
Berikut adalah lampiran Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi negeri Melaka 2013:
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa by shaleyatim
Liga Bola Sepak KPM 2013
Tarikh: 08 Julai 2013 (Isnin)
Masa: 3.30ptg - 6.30ptg
Tempat: Padang Bola Sepak, SSN SMK Seri Kota, Melaka.
Perlawanan antara pasukan bola sepak :
SSN SMK Seri Kota, Melaka vs SSN SMK Datuk Peter Mojuntin, Sabah.
Keputusan Perlawanan:
Masa: 3.30ptg - 6.30ptg
Tempat: Padang Bola Sepak, SSN SMK Seri Kota, Melaka.
Perlawanan antara pasukan bola sepak :
SSN SMK Seri Kota, Melaka vs SSN SMK Datuk Peter Mojuntin, Sabah.
Keputusan Perlawanan:
SSN SMK Seri Kota, Melaka
|
SSN SMK Datuk Peter Mojuntin, Sabah.
|
|
Pasukan Bawah 17
|
4
|
0
|
Pasukan Bawah 14
|
0
|
3
|
MSSM-WALAA-SSSC Little Athletics Championship
Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar SSNSMKSK iaitu KHAIRIL ANUAR BIN KHAIRUL NIZAM (3B) dan ASNAWI BIN HASHIM (3C) yang sekali lagi telah mengharumkan nama sekolah di atas kejayaan mendapat pingat emas dalam acara yang telah diambil.
Syabas diucapkan kepada Tn Hj Daud Bin Abdull (Pengetua SSNSMKSK) selaku Ketua Kontigen atas kejayaan yang membanggakan ini.
Barikut adalah beberapa rekod keputusannya:
![]() |
Asnawi Bin Hashim: Pingat Emas (Acara 100m) |
![]() |
Khairil Anuar Bin Khairul Nizam: Pingat Emas (Acara 400m) |
![]() |
Acara 4x100m |
Sumber: http://mssj.edu.my/tf/result/la2013/
Monday, 8 July 2013
Sukan Polo Air (SUKMA 2013)
Tarikh: 4 Julai 2013 (Khamis)
Tempat: Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.
Syabas diucapkan kepada Skuad Polo Air Lelaki Melaka yang telah meraih pingat emas pada Sukma 2013 dan tahniah ditujukan khas untuk wakil pelajar SSNSMKSK iaitu Eng Boon Wei (5D) kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah sekalli lagi.
Sumber: Kosmo (5 Julai 2013) dan Pn Rosni Selamon (Guru Kelas 5D).
Tempat: Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.
Syabas diucapkan kepada Skuad Polo Air Lelaki Melaka yang telah meraih pingat emas pada Sukma 2013 dan tahniah ditujukan khas untuk wakil pelajar SSNSMKSK iaitu Eng Boon Wei (5D) kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah sekalli lagi.
Sumber: Kosmo (5 Julai 2013) dan Pn Rosni Selamon (Guru Kelas 5D).
Sunday, 7 July 2013
Pertandingan Pidato 1Malaysia
(Bukan Melayu) Peringkat Negeri Melaka 2013
Tarikh : 6 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan Besar SMK Datuk Haji Talib Karim, Alor Gajah, Melaka.
Anjuran: Jabatan Penerangan Malaysia
Dirasmikan oleh: YB Datuk Koh Nai Kwong (Ahli Parlimen Alor Gajah)
Tarikh : 6 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan Besar SMK Datuk Haji Talib Karim, Alor Gajah, Melaka.
Anjuran: Jabatan Penerangan Malaysia
Dirasmikan oleh: YB Datuk Koh Nai Kwong (Ahli Parlimen Alor Gajah)
Tahniah diucapkan kepada Eric (6BB) kerana telah memenangi tempat ke 3 dan telah membawa pulang hadiah berbentuk trofi dan wang tunai sebanyak RM500 dan juga kepada Kirby (6BB) kerana berjaya meraih hadiah saguhati (RM300 dan trofi).
Syabas diucapkan kepada guru pengiring iaitu Pn Loy In Tiau kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah SSNSMKSK.
![]() |
Tahniah juga diucapkan kepada bekas kaunselor SSNSMKSK En Chan Cheng Ho (Juara) |
Wednesday, 3 July 2013
Semarak Teater Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Kebangsaan 2013
Tarikh : 26 - 30 Jun 2013
Tempat : Taman Budaya Perlis, Perlis Indera Kayangan
Anjuran:
1. Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pelajaran Malaysia
2. Unit Kokurikulum
Jabatan Pelajaran Negeri Perlis
TOPIK
|
BUTIRAN
|
Pencapaian Negeri
Melaka
|
1. Mirrah Dzakirah
binti Mohd Pouzi
(Platinum dan Pelakon Wanita Terbaik -
Keseluruhan)
2. Nabihah binti
Nordin (Platinum)
3. Lim Shi Hing
(Platinum dan Sinografi Terbaik)
4. Muhammad Amirul
bin Zainal (Platinum dan Sinografi Terbaik)
5. Muhammad Uzairul
Irfan bin Musli (Platinum)
6. Nurul Nabila binti
Nasrul (Platinum)
|
Kejayaan paling besar Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Melaka adalah
apabila Mirrah Dzakirah binti Mohd Pouzi daripada SMK Seri Kota, Melaka
dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik (Keseluruhan).
Beliau yang pernah
meraih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi Pertandingan Sketsa Rukun
Negara 2012 melakonkan watak Puteri Ratna Sari dengan cukup bertenaga dan
berkesan. Beliau telah mengharumkan nama Jabatan Pelajaran Melaka pada
peringkat kebangsaan apabila naik ke pentas menerima Anugerah Pelakon Wanita
Terbaik (Keseluruhan) daripada Pengarah Pelajaran Negeri Perlis dan wakil
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tahniah diucapkan.
Sumber: En Steven Chan (Guru Pembimbing)
Subscribe to:
Posts (Atom)