Monday, 9 April 2012

11 April 2012 Cuti Pertabalan YDPA

 
Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April 2012 diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, berkata pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Beliau berkata dua acara utama akan diadakan sempena pertabalan Seri Paduka iaitu Istiadat Pertabalan pada sebelah pagi dan Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam, kedua-duanya di Istana Negara.
Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lalu, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011. - BERNAMA

Dasar Keselamatan ICT KPM

Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia adalah merupakan satu langkah bagi menjamin keselamatan ICT KPM secara menyeluruh daripada ancaman-ancaman pencerobohan dan melindungi aset ICT KPM.

Dasar Keselamatan ICT yang disediakan bersama-sama dengan Pekeliling ini meliputi:-
Perkara 01 : Pembangunan Dan Penyelenggaraan Dasar
Perkara 02 : Organisasi Keselamatan
Perkara 03 : Kawalan Dan Pengelasan Aset
Perkara 04 : Keselamatan Sumber Manusia
Perkara 05 : Keselamatan Fizikal Dan Persekitaran
Perkara 06 : Pengurusan Operasi Dan Komunikasi
Perkara 07 : Pengurusan Insiden Keselamatan ICT
Perkara 08 : Kawalan Capaian
Perkara 09 : Pembangunan Dan Penyelenggaraan Sistem
Perkara 10 : Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan

Semua Ketua Jabatan/Bahagian/Agensi di KPM perlu memastikan setiap pegawai dan kakitangan di bawahnya untuk menandatangani Surat Akuan Pematuhan DKICT KPM seperti di Lampiran A (boleh diambil daripada guru penyelaras ICT-Pn Shaleyati) dan difailkan ke dalam fail peribadi masing-masing.

DKICT KPM ini boleh dibaca di link berikut bagi menjimatkan penggunaan kertas..
http://www.scribd.com/doc/88549902/Dasar-Keselamatan-ICT-KPM

Sekiranya guru-guru ingin mencetak DKICT KPM tersebut, ianya mengandungi 72 muka surat.
Harap maklum.
Segala kerjasama daripada guru-guru didahului dengan ucapan terima kasih.