Friday, 25 March 2011

Program Peningkatan ICT Di Kalangan Guru (Kali Pertama) 2011

Satu Program Peningkatan ICT Di Kalangan Guru (Kali Pertama) 2011 telah dijalankan oleh Jawatankuasa Peningkatan ICT Sekolah seperti butiran berikut:

Tarikh:
22, 23, dan  24 Mac 2011
Hari :
Selasa, Rabu, dan Khamis
Masa:
3.00ptg hingga 4.30ptg
Tajuk :
1.      Movie Maker
2.      FreeScreen Recorder
3.      Video Converter


Tenaga Pengajar:
1.      En Maslan
2.      En Rahimi
3.      Pn Shaleyati
Bilangan Guru yang hadir:
50 orang

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Majulah ICT untuk Negara.

Thursday, 24 March 2011

Majlis Pelantikan Pengawas

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan, Pengawas 3K, dan juga Pengawas SPBT Sekolah Sukan Melaka SMK Seri Kota ini telah dijalankan pada 14 Februari 2011 yang lepas. Majlis ini telah dirasmikan oleh ASP V.Gunasegaran.
Diharap agar pengawas-pengawas dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.

Monday, 21 March 2011

Smart School Qualification Standard (SSQS) 2010

Selaras dengan hasrat pelaksanaan pembestarian sekolah, pengintegrasian dan penggunaan ICT secara menyeluruh dan bersepadu, program peluasan sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah dilaksanakan sepenuhnya di sekolah-sekolah Negeri Melaka pada tahun 2010.
SMK Seri Kota telah berjaya mencapai penarafan sekolah pada tahap 4 bintang berasaskan "Smart School Qualification Standard (SSQS)" bagi tahun 2010.
Alhamdulillah dan diharapkan agar dapat mempertingkatkan pencapaian penarafan kepada 5 bintang pada tahun 2011 ini.