Thursday, 29 September 2011

Program Bacaan Yassin & Solat Hajat

Tarikh: 29 September 2011 / 2 Zulkaedah 1432H
Hari: Khamis
Tempat: Surau Al Firdaus, SSNM SMk Seri Kota.
Tema: IMAN, ILMU DAN AMAL TERAS KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT
Kumpulan Sasaran: Pelajar PMR, SPM , STPM (225 orang pelajar Islam)
Penceramah Jemputan: Ustaz Yaakob bin Md. Amin
                                   (Pengetua Ma'ahad Tahfiz, Masjid Saidina Ali, Bkt Katil Melaka.)

Program bacaan Yassin dan Solat Hajat ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau dan Panitia Pendidikan Islam Sekolah.

Add caption
Program ini diadakan sebagai usaha memberi kekuatan rohani sebagai persediaan menghadapi peperiksaan; melahirkan pelajar-pelajar yang beriman, berketrampilan dan bertaqwa ke arah pembentukan sahsiah dan akhlak.

Pelajar-pelajar bergotong-royong seawal jam 10 pagi lagi...

Objektif:
Memupuk sifat kasih sayang dan bertanggungjawab ibubapa, menghargai anak.
Melahirkan sifat hormat anak terhadap terhadap ibubapa dan guru.

Sebagai satu wadah memupuk hubungan mesra antara guru-guru, ibu bapa dan para pelajar.

Pendorong untuk meningkatkan usaha terancang dan berkesan ke arah pencapaian akademik dan sahsiah yang cemerlang.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak terutamanya pihak Kolej Komuniti Kota Melaka di atas sumbangan dan penglibatan dalam menjayakan program ini.
Pengerusi Program Pn Puspa Adam bersama pihak Kolej komuniti Cawangan Kota Melaka

Cuti Bergilir Semasa PMR 2011

Untuk makluman, pihak sekolah terpaksa menggunakan sebanyak 2 blok bangunan 2 tingkat (C&D) bagi menampung seramai 237 calon PMR. Kelas-kelas yang ingin dicutikan secara bergilir-gilir ialah:-

Tarikh
Tingkatan
04.10.2011 (Selasa)
4 Efektif, 4 Fasih, 4 Gigih
05.10.2011 (Rabu)
4 Arif, 4 Bestari, 4 Cekap, 4 Dedikasi
06.10.2011 (Khamis)
4 Efektif, 4 Fasih, 4 Gigih
10.10.2011 (Isnin)
4 Arif, 4 Bestari, 4 Cekap, 4 Dedikasi
11.10.2011 (Selasa)
4 Efektif, 4 Fasih, 4 Gigih


Pelepasan ini dibuat setelah mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Pendidikan Melaka.

Monday, 26 September 2011

Program ICC SPM 2011

Program ini dijalankan untuk memantapkan persediaan calon-calon untuk menghadapi SPM.
Berikut adalah antara beberapa foto yang sempat dirakamkam..
Semoga para pelajar mendapat manfaat daripada program yang telah dijalankan ini..