Amalan-Amalan
Di Bulan Zulhijjah
Bulan Zulhijjah
adalah bulan haji, maka ibadat haji adalah
menjadi keutamaan dikerjakan di bulan ini.
Bagi yang mengerjakan haji, kita doakan
mereka pergi dan kembali dalam keadaan selamat.
Moga ibadah haji mereka akan diterima Allah
SWT.
Bagi yang
masih belum berkesempatan dan belum berkemampuan,
bersabarlah dan sentiasalah memasang cita-cita
untuk ke Makkah di tahun akan datang, InsyaAllah.
Pada 10 Zulhijjah (25 Oktober 2012) ini, seluruh umat Islam akan
menyambut Hari Raya Haji atau disebut juga
dengan Hari Raya Korban dalam bahasa Arabnya
Idul Adha. Kita disunatkan bersolat sunnat
'Id di pagi harinya dan disunnatkan menyembelih
binatang ternak yang berkaki empat (unta,
lembu atau kambing).
Pada 11,
12 dan 13 Zulhijjah adalah dikenali dengan
Hari Taysrik yang mana korban masih disunnatkan
lagi dilakukan. Disunatkan juga kita bertakbir
setiap masa khasnya selepas solat pada 10,
11, 12 dan 13 Zulhijjah tersebut dan diharamkan
kita berpuasa padanya.
Sumber info: http://www.al-azim.com
Pengumuman: Sekolah Kita Akan bercuti pada hari Khamis 25 Oktober 2012 Dan Jumaat 26 Oktober 2012 ini sempena menyambut Aidil Adha. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment