Sunday, 28 October 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dilencarkan pada 11 September 2012 oleh Menteri Pelajaran Malaysia. Berikut adalah maklumat berkaitan PPPM tersebut yang boleh diperolehi secara percuma di pautan di bawah. Dokumen tersebut juga boleh diperolehi diblog ini seperti berikut: Laporan Awal http://www.scribd.com/doc/110153207/Laporan-Awal

Wednesday, 24 October 2012

Salam Aidil Adha 1433H




Amalan-Amalan Di Bulan Zulhijjah
    Bulan Zulhijjah adalah bulan haji, maka ibadat haji adalah menjadi keutamaan dikerjakan di bulan ini. Bagi yang mengerjakan haji, kita doakan mereka pergi dan kembali dalam keadaan selamat. Moga ibadah haji mereka akan diterima Allah SWT.
    Bagi yang masih belum berkesempatan dan belum berkemampuan, bersabarlah dan sentiasalah memasang cita-cita untuk ke Makkah di tahun akan datang, InsyaAllah. Pada 10 Zulhijjah (25 Oktober 2012) ini, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji atau disebut juga dengan Hari Raya Korban dalam bahasa Arabnya Idul Adha. Kita disunatkan bersolat sunnat 'Id di pagi harinya dan disunnatkan menyembelih binatang ternak yang berkaki empat (unta, lembu atau kambing).
    Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah adalah dikenali dengan Hari Taysrik yang mana korban masih disunnatkan lagi dilakukan. Disunatkan juga kita bertakbir setiap masa khasnya selepas solat pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah tersebut dan diharamkan kita berpuasa padanya. 

Sumber info: http://www.al-azim.com

Pengumuman: Sekolah Kita Akan bercuti pada hari Khamis 25 Oktober 2012 Dan Jumaat 26 Oktober 2012 ini sempena menyambut Aidil Adha. Harap maklum.