Wednesday, 17 August 2011

Buletin Ramadan 1432H/2011M Bil.2



أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم.  بسم الله الرحمن الرحيم.  السلام عليكم ورحمة الله

 وبركاته الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحب أجمعين


Nabi Bersabda , " Solat lima waktu , Jumaat ke Jumaat , Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa- dosa besar". (HR Muslim )

Nabi S.A.W bersabda , " Apabila datang bulan Ramadan , kerjakalah umrah kerana umrah pada bulan Ramadan menyamai Haji." ( HR Bukhari )

Nabi S.A.W bersabda , "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang musafir". ( HR Bukhari )

Nabi S.A.W bersabda , " Doa yang tidak akan ditolak bagi orang yang berpuasa ialah ketika dia berbuka" ( HR Ibn Majah )

Nabi S.A.W bersabda , "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa , iaitu pahala orang yang berpuasa  tidak kurang walau sedikit". ( HR At Tarmizi )

Nabi S.A.W bersabda , "Apabila seseorang itu berpuasa , maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata :  sesungguhnya aku berpuasa".
(HR Bukhari dan Muslim )

Nabi S.A.W bersabda , "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut pintu  Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan : "Di manakah orang yang berpuasa?". Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk , maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya". (HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Umamah r.a. Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W  "Tunjukkan aku satu amalan yang membolehkan aku masuk syurga” Rasulullah S.A.W bersabda" hendaklah kamu berpuasa , tiada lagi yang seumpamanya". ( HR Ibn Hibban )

Nabi S.A.W bersabda : "Puasa adalah perisai yang akan melindungi seseorang daripada api neraka".
( HR Ahmad )


وبالله التوفيق والهدايه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Disediakan oleh : Panitia Pendidikan Islam.

No comments:

Post a Comment