Tuesday, 16 August 2011

Buletin Ramadan 1432H/2011M Bil.1



أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم.  بسم الله الرحمن الرحيم.  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحب أجمعين
Marilah kita sama-sama mengucapkan ” Marhaban Ya Ramadan ”
Mengucapkan ”Marhaban Ya Ramadan ” ( Selamat Datang Ramadan) dengan ikhlas menunjukkan kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini.
Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan Ramadan.
Rasulullah mengucapkan tahniah kerana kedatangan Ramadan.
Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda
” Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadan , bulan yang penuh keberkatan. Allah memfardhukan ke atas kamu  berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan . Padanya ada suatu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu , maka sesungguhnya dia telah dijauhkan daripada kebajikan. ”
( Riwayat Ahmad)
”Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat.”( Riwayat Muslim)
”Sesiapa sempat bertemu Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah ” ( Riwayat Ibnu Hibban ).
” Sesiapa yang berpuasa kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala daripada Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah. ” ( Riwayat Imam al Bukhari )
Matlamat puasa ialah TAQWA.
Erti  taqwa secara mudah ialah melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah.
Taqwa itu berkaitan dengan sikap kepatuhan seseorang terhadap perintah Allah dan Rasulnya, baik perintah itu berupa suruhan atau larangan.
Secara ringkas orang yang bertaqwa ialah orang yang menjunjung dan patuh kepada perintah Allah.
” Wahai orang-orang yang beriman , telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat – umat sebelum kamu , moga kamu menjadi orang yang TAQWA. ” ( Al Baqarah : 183 )
Marhaban Ya Ramadan
Selamat berpuasa dan semoga Ramadan kali ini merupakan Ramadan yang TERBAIK  bagi kita semua. InsyaAllah. Amin.

وبالله التوفيق والهدايه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Disediakan oleh : Panitia Pendidikan Islam.

No comments:

Post a Comment