Friday, 25 March 2011

Program Peningkatan ICT Di Kalangan Guru (Kali Pertama) 2011

Satu Program Peningkatan ICT Di Kalangan Guru (Kali Pertama) 2011 telah dijalankan oleh Jawatankuasa Peningkatan ICT Sekolah seperti butiran berikut:

Tarikh:
22, 23, dan  24 Mac 2011
Hari :
Selasa, Rabu, dan Khamis
Masa:
3.00ptg hingga 4.30ptg
Tajuk :
1.      Movie Maker
2.      FreeScreen Recorder
3.      Video Converter


Tenaga Pengajar:
1.      En Maslan
2.      En Rahimi
3.      Pn Shaleyati
Bilangan Guru yang hadir:
50 orang

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Majulah ICT untuk Negara.

Thursday, 24 March 2011

Majlis Pelantikan Pengawas

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan, Pengawas 3K, dan juga Pengawas SPBT Sekolah Sukan Melaka SMK Seri Kota ini telah dijalankan pada 14 Februari 2011 yang lepas. Majlis ini telah dirasmikan oleh ASP V.Gunasegaran.
Diharap agar pengawas-pengawas dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.

video

Monday, 21 March 2011

Smart School Qualification Standard (SSQS) 2010

Selaras dengan hasrat pelaksanaan pembestarian sekolah, pengintegrasian dan penggunaan ICT secara menyeluruh dan bersepadu, program peluasan sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah dilaksanakan sepenuhnya di sekolah-sekolah Negeri Melaka pada tahun 2010.
SMK Seri Kota telah berjaya mencapai penarafan sekolah pada tahap 4 bintang berasaskan "Smart School Qualification Standard (SSQS)" bagi tahun 2010.
Alhamdulillah dan diharapkan agar dapat mempertingkatkan pencapaian penarafan kepada 5 bintang pada tahun 2011 ini.

Program Merentas Desa 2011

Program ini telah dijalankan pada 11 Mac 2011 yang lalu.
Aktiviti ini bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada sekitar 6 petang.
Tahniah kepada para pemenang dan tahniah kepada pelajar yang telah berjaya menamatkan larian hingga ke garisan penamat. Terima kasih juga diucapkan kepada semua warga sekolah yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini dengan jayanya.
Senam Aerobik

warming up

Go..

Stadium Tun Fatimah

Merentas desa Semabok..

Semangat salah seorang Guru...chaiok..berjaya hingga ke garisan penamat..
penamat

Barisan Pemenang Kategori Pend Khas (P)
Pemenang Kategori P20

Kategori Pelajar Sukan (L)
Barisan Pemenang kategori (L)

Pemenang Kategori P15

Majulah sukan untuk negara;)

Wednesday, 9 March 2011

Lawatan sambil belajar dari TOMITA HIGH SCHOOL, Jepun.

Pelajar-pelajar dari Tomita High School, Jepun telah mengadakan lawatan sambil belajar
pada 8 dan 9 Mac 2011. Kehadiran mereka telah disambut dengan penuh kemeriahan dan iringan paluan kompang oleh warga sekolah. Persembahan seperti nyanyian Dondang Sayang, Joget Lambak, Tarian, dan Silat telah dipersembahkan kepada mereka. Selain itu, pelajar-pelajar dari Jepun ini juga turut diberi peluang mencuba beberapa Permainan Tradisional seperti congkak, teng-teng, batu seremban dan banyak lagi. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diupload untuk tatapan semua..

Ketibaan Pelawat.


Tarian

Dondang Sayang
Congkak
Permainan Tradisional