SEJARAH SEKOLAH




Pada tahun 1972, kawasan perkuburan Cina Bukit Kelian di kawasan Air Leleh dimajukan untuk mendirikan sebuah sekolah menengah rendah. Sekolah ini diperlukan untuk menampung bilangan pelajar menengah yang semakin meningkat di selatan bandar Melaka.Pada 3 Januari 1974, bermulalah Sekolah Menengah Rendah Air Leleh (SMAL) dengan pelajar peneroka seramai 396 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Sekolah baru ini mempunyai tenaga pengajar seramai 15 orang guru dan berjalan pada sidang pagi sahaja.


Pengetua SMAL yang pertama ialah En. Visvanathan dan Guru Penolong Kanan pertama ialah En. Wee Hoe Cheng. Sebelum bangunan SMAL siap dibina, En. Visvanathan ditugaskan di pejabat Pendidikan Melaka untuk merancang dan membuat segala persediaan kurikulum dan fizikal SMAL. En. Wee berkhidmat di SMAL hingga 1979. Pada tahun 1980, beliau mula berkhidmat di Sekolah Rendah Kebangsaan Air Baruh, Jasin sebagai Guru Penolong Kanan. Menurut beliau, pada mulanya SMAL tiada padang dan pelajar-pelajar terpaksa menggunakan padang Sekolah Menengah Kebangsaan Yok Bin.

Setahun selepas SMAL dimulakan, iaitu pada tahun 1975, jumlah pelajar telah meningkat kepada 747 orang pelajar dan mempunyai 19 buah kelas (3 kelas Peralihan, 9 kelas Tingkatan Satu dan 7 kelas Tingkatan Dua). Bilangan guru juga bertambah daripada 15 orang kepada 25 orang. Disebabkan masalah kekurangan bilik darjah, sekolah ini menjalankan 2 sidang pembelajaran di mana Tingkatan Satu menjalankan pembelajaran pada sebelah petang.

Pada tahun 1976, buat kali pertamanya, 172 daripada 396 orang pelajar yang telah mengambil peperiksaan L.C. E. 72.3% daripada pelajar ini telah lulus dan mendapat Pangkat ‘A’. Kesemua mereka dihantar ke Sekolah Tinggi Melaka, Sekolah Tinggi Perempuan Melaka dan Sekolah Menengah C.H.I.J. untuk mendapatkan pendidikan menengah atas kerana SMAL belum membuka kelas Tingkatan 4 & 5.

Pada tahun 1980, SMAL telah dinaikkan taraf sebagai Sekolah Menengah Penuh apabila dua buah kelas Tingkatan 4 yang terdiri daripada satu kelas Perdagangan dan satu kelas Sastera dibuka. Pelajar-pelajar ini merupakan ‘batch’ pertama mengambil peperiksaan SPM pada tahun 1981.

Pertukaran nama SMAL kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota mendapat restu kerajaan negeri Melaka pada tahun 1982. Oleh itu, mulai 9 Februari 1982, nama Sekolah Menengah Air Leleh telah ditukarkan dengan rasmi kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota. Seterusnya, pada tahun 1996, tiga kelas 4 aliran Sains dengan 85 orang pelajar telah dibuka. Satu lagi peristiwa penting telah berlaku dalam sejarah SMKSK pada tahun 1988 apabila dua buah kelas Tingkatan 6 Sastera dibuka. Seramai 69 orang pelajar menjadi perintis dan dengan ini, taraf SMKSK dinaikkan ke peringkat gred A. Pada tahun 1997 pula, kelas pendidikan Khas pula telah ditubuhkan di sekolah ini.

Sekolah ini tersenarai sebagai salah sebuah Sekolah Sukan Negeri di Malaysia oleh KPM bermula 2 Januari 2002. Dari segi lokasi untuk tujuan pembangunan sukan, sekolah ini terletak dalam zon yang sangat strategik kerana berhampiran dengan pelbagai kemudahan di sekitarnya. Antaranya Stadium Tun Fatimah, Stadium Hoki MBMB, Padang Ragbi MBMB, Gimnasium Gimnastik Melaka, Gimnasium Angkat Berat Melaka, Dewan Bola Keranjang MBMB dan Dewan Badminton MSN.
Bermula pada tahun 2006, SMK Seri Kota telah ditawarkan sebagai sekolah sukan negeri dan seterusnya pada 15 Ogos 2008, melalui surat yang bernombor rujukan KP.BSSK.301-03/05/100(25) SMK Seri Kota secara rasmi telah diiktiraf oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sekolah sukan negeri Melaka.
SSN SMKSK yang pada tahun ini (2014) berusia 42 tahun, telah mengalami banyak detik-detik pahit dan manis. SSN SMKSK telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Berikut adalah merupakan senarai nama pengetua SSN SMKSK:-