Rasional
Seperti lurusnya huruf Alif, penggunaan huruf 'I' melambangkan INSAN, ILMU
dan IMAN. 3 'l' ini adalah teras konsep logo ini. Pendekatan menggunakan huruf
atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa
hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘I’ itu. Kegunaan huruf
'I' umpama lurusnya 'Alif' melambangkan insan dan iman, juga membawa pengertian
ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang
diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasi fikasikan sebagai
pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun
ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada
kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘I’ melambangkan dua peringkat
pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang
bertingkat ke arah 'I' melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan
Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang
bersifat global. Dari segi warna,
biru bermaksud
profesionalisma dalam sistem pendidikan negara.
Kuning keemasan
melambangkan kecemerlangan.
Putih melambangkan sistem
pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berakhlak
mulia.
Rekabentuk oleh:
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)
Sumber:
http://www.moe.gov.my