Sunday 30 June 2013

Kejohanan MSSM Bola Sepak (15Thn)


Tarikh: 1 Jun hingga 9 Jun 2013
Tempat: Pasir Gudang, Johor Bahru

Kejayaan Pasukan Negeri Melaka setelah mencuba dan berusaha selama 55 tahun...
11 orang pemain datang dari SSN SMK Seri Kota dan selebihnya adalah merupakan bekas pemain juga dari SSN SMK Seri Kota juga.
Tahniah dan syabas diucapkan.


Berbaju Hijau: Pemain Terbain sepanjang Kejohanan (Shamirul Jasmir); Berbaju Biru: Penjaga Gol Terbaik Kejohanan : Ahmad Aizat, Penjaring Terbanyak: Najmudin Samad.

Sumber: EN. MOHD FAUZI BIN MOHTAR (Jurulatih Bola Sepak)

Thursday 27 June 2013

5 th ASEAN Schools Games





Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia terutamanya buat AZAM MASRI dan BADRUL HISYAM (pelajar SSN SMKSK) kerana telah mengharumkan nama negara dan nama SSN SMK Seri Kota dengan pencapaian PINGAT EMAS bagi acara 4x400 dan PINGAT PERAK BAGI ACARA 4x100.


TAHNIAH.


Sumber: Pn Zainah Hassan (KETUA UNIT SUKAN at Jabatan Pelajaran Melaka)
 

Monday 24 June 2013

Pengumuman: Persekolahan dibuka semula 25 Jun 2013 (Selasa)

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Menangani Bencana Jerebu Negeri Melaka memutuskan esok sekolah Menengah, Rendah dan Prasekolah dibuka (25 Jun 2013) Pengumuman telah di buat oleh Ketua Menteri Melaka jam 4.20 ptg sebentar tadi. Semua Pengetua dan Guru Besar diminta memaklumkan kepada semua guru dan ibu bapa sekolah masing-masing. JASMI KU Perhubungan JPM

Sumber: Tuan Hj Daud Bin Abdull (Pengetua) 

Sunday 23 June 2013

Jerebu: Sekolah di Melaka diarah tutup

Kesemua 313 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh Melaka diarah tutup bermula 24 Jun 2013 ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap bahaya.

Selain itu, institusi prasekolah termasuk Tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka serta milik swasta turut diarah tutup.

Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkata kesemua institusi itu hanya akan dibuka semula sekiranya IPU menurun ke tahap sihat untuk aktiviti luar.

"Kita baru sahaja dimaklumkan mengenai penutupan sekolah ini oleh Kementerian Pendidikan dan semua sekolah itu akan dibuka semula apabila diberitahu kelak," katanya dalam sidang akhbar di Melaka hari ini.

Katanya IPU di Bandaraya Melaka pada 2 petang mencatatkan bacaan 397 manakala Bukit Rambai 456.

Sumber: Bernama

Pemandangan jerebu sekitar Melaka pada 23 Jun 2013 jam 10 pagi.

Friday 21 June 2013

PROGRAM ANTARABANGSA PENDIDIKAN JASMANI DAN KEJURULATIHAN SUKAN

PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM : ( 13 Jun 2013 - 27 Jun 2013 )

Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan (DAPJKS) bagi Guru-guru Pendidikan Jasmani dan Guru-guru Sukan Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia ini merupakan satu program kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan United States Sports Academy.

Kumpulan Sasaran:-
  • Guru-guru di bawah umur 50 tahun pada tahun ambilan, cergas, sihat serta mampu mengikut amali dan terlibat secara aktif dalam bidang kejurulatihan sukan dan pengajaran Pendidikan Jasmani
  • Memperoleh purata markah LNPT yang baik bagi tiga tahun terkini serta disokong oleh Ketua Jabatan
  • Guru-guru di pusat latihan daerah dan sekolah sukan negeri
  • PPP di Institut Pendidikan Guru, Bahagian, Jabatan dan Daerah
Matlamat dan Objektif:-
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang aspek sains dan pendidikan jasmani
  • Meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan jasmani
Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan dari Fakulti US Sports Academy kecuali subjek keperluan MQA yang akan diajar oleh tenaga pengajar tempatan. Tempoh kursus adalah selama 50 hari dengan 400 jam berkursus. Setiap peserta wajib lulus semua tugasan dan penilaian untuk bergraduat.
  • Mod Pengajian : Kursus Dalam Perkhidmatan 
     

    TATACARA PERMOHONAN

  1. Pemohonan boleh dibuat secara online dengan melayari url http://apps.moe.gov.my/abpg/Kdp2013 atau menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Masing-masing

  2. Permohonan secara individu atau menerusi JPN boleh dibuat mulai 13 Jun 2013 sehingga 27 Jun 2013

  3. Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan dan diserahkan kepada JPN masing-masing.

  4. Calon perlu melampirkan salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik, Jadual Waktu 2011 - 2013, Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 3 Tahun berturut-turut dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan seperti dalam senarai semak.

  5. Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri sebelum 1 Julai 2013 JPN
 

Program Susu 1Malaysia : Panduan Minum Susu Kotak






Panduan minum susu kotak diterbitkan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia Sumber: Buletin KPM

Tuesday 18 June 2013

Majlis Pelancaran Minggu Koperasi Sekolah

Tarikh: 17 Jun 2013 (Isnin)
Tempat: Dewan Terbuka SSNSMK Seri Kota
Tema Koperasi : Bersatu Untuk Persekitaran Sejagat

Pengetua Tuan Hj Daud Bin Abdull merasmikan minggu koperasi sekolah dengan simbolik menanam pokok bunga.

Bersempena dengan majlis pelancaran ini, mineral water berjenama sekolah telah diedarkan kepada setiap warga sekolah secara percuma. Barisan Pentadbir bergambar bersama guru-guru koperasi.


Wednesday 12 June 2013

Pertandingan Esei

Perkara: Majlis Penyampaian Cek, Sumbangan Buku-Buku Pusat Sumber Sekolah Dan Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Esei Oleh Texas Instruments Dengan Kerjasama Asia Foundation
Anjuran: Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tarikh: 23 Mei 2013 (Khamis)
Tempat: Dewan SMK Kampung Gelam, Km 13 Kampung Gelam, 76400 Tanjung Kling, Melaka.
 
 
Siti Nur Hanisah binti Ros Zamri (Tingkatan 5A) - Naib Johan, Bahasa Inggeris (Berdiri, baris belakang, kiri sekali).
 
Tahniah diucapkan kepada saudari Siti Nur Hanisah binti Ros Zamri atas kejayaan yang telah dicapai dan sumbangan dalam mengharumkan lagi nama sekolah..Syabas..


Sumber: Mr. Lam Peng Soon (GKMP Bahasa)