Saturday 28 September 2013

FrogAsia VLE



Mempekenalkan Projek 1Bestarinet:


FrogAsia by YES:


Yess ID:
Sila dapatkan dari guru ICT.
Bagi guru baru,sila dapatkan yess id dan password anda dari guru data/ict di sekolah lama. Minta mereka 'transfer out' nama guru dan perlu beri pada guru ICT sekolah terkini untuk proses 'transfer in' di sekolah terkini. Harap maklum dan 'welcome to the pond:)'

Kursus Integriti

Tarikh : 28 September 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Sekolah Teknik Bukit Piatu, Melaka.

Kursus anjuran Jabatan Pendidikan Melaka ini telah pun dihadiri oleh semua guru SSN SMK Seri Kota dan tiga buah sekolah yang lain.
Kursus ini telah dimulakan dengan pendaftaran, nyanyian lagu Negaraku, lagu Melaka Maju Jaya, bacaan doa dan ikrar integriti. Seterusnya diselitkan dengan ceramah integriti yang dibahagikan kepada dua slot.
Tujuan kursus ini dijalankan adalah bagi meningkatkan kesedaran penjawat awam mengenai Pelan Integrasi Nasional (PIN) dan menerapkan Integriti dalam kalangan penjawat awam keseluruhannya. Insyaallah..





UJIAN KOMPETENSI ICT








Tarikh Ujian : 27 September hingga 2 Oktober 2013

Ujian ini merupakan komponen di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. 
Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan WAJIB menjawab semua 30 soalan mengikut tempoh masa yang ditetapkan(40 minit sahaja). 
Ujian ini boleh diakses 24 jam.

Sila klik di sini : 
http://ict-kpm.azurewebsites.net/ 

Makluman: 
* Sekiranya mempunyai masalah semasa "Log Masuk" sila hubungi HELPDESK di talian 03-77310327 atau di email helpdesk@opulens-sa.com
* Pihak HELPDESK tidak mengeluarkan sebarang keputusan ujian. Keputusan hanya dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

Sunday 22 September 2013

Program Solat Hajat & Bacaan Yasin 2013M/1434H

Tarikh: 20 September 2013 (Jumaat)
Masa: 6.30 petang hingga 9.15 malam
Tempat: Surau Al Firdaus, SSNSMKSK
Imam: Ustaz Ahmad Samsol Bin Selamat (SBPI Selandar, Melaka)


Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua Jawatankuasa program, Persatuan IbuBapa&Guru (PIBG) dan juga kepada pengusaha Dewan Makan Asrama. Semoga program ini dapat memperkukuhkan kerohanian dan menjadi pendorong bagi meningkatkan usaha terancang dan berkesan ke arah pencapaian akademik dan sahsiah yang cemerlang. Insyaallah..

Monday 9 September 2013

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan

Tarikh: 09 September 2013 (Isnin)
Tempat: Dewan Terbuka SSN



Seminar Garapan Cemerlang PMR 2013

Tarikh: 23, 24, dan 25 Ogos 2013 (Jumaat, Sabtu, dan Ahad)

Pelbagai Slot /aktiviti telah dilaksanakan seperti Slot Motivasi, Slot Bahasa Melayu, Slot Pendidikan Islam,Slatik, Slot Sejarah, Slot Kemahiran Hidup, Slot Kerohanian, Slot Qiamulail, Slot Sains, dan juga Slot Bahasa Inggeris.


Tn Hj daud Bin Abdull (Pengetua) bersama 2 orang pelajar cemerlang Tingkatan 3 yang telah diberi vaucher dan kad diskaun Domino's Pizza.