Thursday 30 June 2011

Pengumuman..

Cuti Berganti Sempena Program Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia, pada:
Hari: Isnin
Tarikh: 04 Julai 2011

Semoga cuti sekolah ini dimanfaatkan sepenuhnya!

It is never too late to study. It is good to start early.
THE BEST TIME IS NOW!
STUDY ANYWHERE!
STUDY EVERYWHERE!
STUDY ANYTIME!
STUDY EVERYTIME!
BECAUSE...

STUDY IS YOUR BUSINESS!

1Murid 1Sukan 1Malaysia

Program Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Seluruh Negara

Tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 6.45 pagi
Tempat : Taman MBMB Bukit Serindit, Melaka.
Perasmi: Ketua Menteri Melaka YAB DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Sasaran : Semua murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, ahli keluarga, ahli masyarakat setempat.









Artikel:
  Kira-kira tiga juta pelajar dan guru sekolah bakal menyertai satu larian yang akan dilakukan secara serentak diseluruh negara pada 02 Julai ini bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan.

   Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia itu antara lain bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.

   Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia diharap mencipta rekod The Malaysia Book of Records bagi kategori penyertaan terbesar pelajar sekolah dalam acara larian.

“Larian akan bermula pada masa yang sama di sekolah atau lokasi yang ditetapkan Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai larian peringkat kebangsaan di Taiping,” katanya.


Maklumat lanjut mengenai larian tersebut boleh diperoleh melalui laman web http://moe.gov.my/bsukan.

Program Temu Mesra 2011

Tarikh : 01 Julai 2011 (Jumaat)
Masa : 10.30am - 12.00pm
Tempat : Kantin (Tingkatan 1 - 4)
              Pusat Sumber Sekolah (Tingkatan 5 & 6)




Diharap agar Program Temu Mesra ini dapat mengeratkan perhubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa sekaligus meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar di sekolah ini.

INGIN MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN?


  1. Klik link Q-Net https://melaka.moe.edu.my/qnet/
  2. Klik link ibubapa dan pelajar (Bahagian bawah)
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda dan nombor kod keselamatan yang diberikan
  4. Klik pada bahagian kod kawalan untuk menyemak keputusan peperiksaan anda.
  5. Selamat mencuba!


Tujuan Sistem Pengurusan QNet diwujudkan adalah :

i. Membantu mempercepatkan proses penyaluran maklumat dan data QNet pelajar ke Jabatan Pelajaran Melaka.
ii. Memastikan maklumat dan data QNet pelajar adalah sah dan terkini.
iii. Memudahkan proses pemantauan kepada Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Melaka.
iv. Mempunyai satu Pangkalan Data maklumat dan data QNet (Ujian & Peperiksaan) pelajar di Negeri Melaka.