Sunday 25 March 2012

Program Guru Penyayang & Ponteng Sifar

Majlis Perasmian Program Guru Penyayang & Ponteng Sifar 2012


Tarikh: 26 Mac 2012 (Isnin)
Tempat: Dewan SSNM SMK Seri Kota
Anjuran: Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Bimbingan & Kaunseling

Tujuan: 
Pelaksanaan Guru Penyayang bertujuan supaya guru mengamalkan dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah

Konsep:
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain.
Hal ini bermakna Guru Penyayang ialah individu yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
Lantaran itu, membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibubapa, komuniti dan masyarakat.

Objektif: -Menjiwai amalan penyayang ialah budaya guru.
              -Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.


Aktiviti: 3 Elemen Penting
             Elemen 1:  Mengalu-alukan kehadiran murid
             Elemen 2:  Pelaksanaan program Mentor Mentee
             Elemen 3:  Memberi penghargaan kepada murid

Sepak Takraw MSSMNM Kaw. Ayer Keroh

Johan Sepak Takraw MSSMNM Kawasan Ayer Keroh B18 2012

6 wira SSN SMKSK B18 (gambar atas), Kapten sedang dikalungkan pingat(right) dan Tekong Harapan (left)

Tahniah, buat pemain-pemain kerana anda terus mengekalkan kejuaraan. 
Kepada pelajar-pelajar Ting. 1 yang masuk dalam kategori B15 tahniah juga diucapkan kerana berjaya hingga ke peringkat suku akhir walaupun anda baru sebulan lebih berada di SSN SMKSK, anda berjaya berhadapan dengan pelajar-pelajar Ting. 2 dan 3 dari sekolah-sekolah dalam kawasan Ayer Keroh. 
Anda semua juara dalam pembikinan.

Sumber: En Baharim Bin Md Yasin (GPK HEM)

LIGA KPM 2012

SSN Melaka Menang...

Menang Perlawanan Pertama LIGA KPM 2012


Liga Bolasepak Remaja KPM-FAM telah bermula (24.03.2012).
Sekolah Sukan Negeri Melaka SMK Seri Kota berjaya menewaskan kedua-dua Sekolah Sukan Malaysia. Bawah 14 Tahun SSNMelaka kalahkan SSM Bukit Jalil 2-1 
manakala 
Bawah 17 SSN Melaka tewaskan SSM Tengku Mahkota Ismail, Bandar Penawar 2-1. 
Tahniah kepada semua pemain dan pegawai2. 
Sekalung Tahniah buat semua jurulatih En. Faimi, En. Jeraei, En. Fauzi dan En. Sani. 
Buat semua Pentadbir dan guru-guru serta staf SSN SMK Seri Kota, Melaka juga terima kasih diucapkan atas sokongan yang tidak berbelah bagi.

Sumber: En Baharim Bin Md Yassin (GPK HEM)

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI TOMITA HIGH SCHOOL, JAPAN

LEARNING TOUR FROM TOMITA HIGH SCHOOL, JAPAN
TARIKH: 7 MAC 2012 ( RABU )
      
 #  Persembahan pelajar SSN SMK Seri Kota                
    (Performances by SSN SMKSK students)
-          Dondang Sayang
-          Lagu Nirmala diiringi tarian
-          Tarian irama Malaysia ( Malaysian Dance )
-          Lagu Cina ( Chinese song )
-          Lagu Jepun ( Japan song )
-          Joget Lambak  –  Zapin budi
                              -          Rentak 106 (Nyanyian)
# Persembahan Pelajar Tomita HS 
(Performances by Tomita HS students)

# Permainan ‘indoor game
-          Capteh                 - Congkak
-          Teng-teng            - Batu seremban

Monday 5 March 2012

Pengumuman..

Perhatian kepada semua guru , anda dikehendaki melayari laman SAPS

(sila klik di sini: http://saps.moe.gov.my/access-denied.php )

untuk

DAFTAR KELAS DAN MATAPELAJARAN YANG DIAJAR..

Terima kasih.

(S/U Peperiksaan: Pn Sua Yen Mei)