Tuesday 31 December 2013

Mesyuarat Guru Kali Pertama

Tarikh: 30 Disember 2013 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.30 petang
Tempat: Bilik Tayang, SSNSMKSK.




Pihak sekolah juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru 2014. Semoga permulaan tahun baru ini kita sulami dengan tekad dan iltizam yang jitu dalam memajukan diri, keluarga dan masyarakat.


Monday 30 December 2013

MAKLUMAN SESI PERSEKOLAHAN 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2014 akan bermula pada 2 Januari 2014 (Khamis).
Oleh itu, pihak sekolah akan mengadakan sesi pendaftaran tingkatan 1 dan pendaftaran asrama bagi pelajar-pelajar SSNSMK Seri Kota seperti ketetapan berikut:

Pendaftaran Tingkatan 1
Tarikh :
1 Januari 2014 (Rabu)
Masa:
9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat:
Dewan Terbuka SSN SMK Seri Kota









Pendaftaran Asrama
Tarikh :
1 Januari 2014 (Rabu)
Masa:
11.00 pagi (bagi pelajar tingkatan 1)
4.00 petang (bagi pelajar tingkatan 2,3,4&5)
Tempat:
Dewan Makan Asrama SSN SMK Seri Kota









Selamat datang diucapkan kepada warga baru terutamanya pelajar-pelajar tingkatan 1 ke SSNSMKSK. Kepada warga SSNSMKSK pula,  selamat kembali ke sekolah.

Pada hari Khamis 2 Januari 2014, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan dijalankan seperti biasa. 
Semoga  tahun 2014 akan menjadi lebih baik dari tahun 2013. Insyaallah..






















Wednesday 18 December 2013

Keputusan PMR 2013

Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang telah mencapai keputusan cemerlang PMR 2013 iaitu:

Nama Pelajar Cemerlang
Keputusan
Mohammad Izzul Aiman Bin Dzulkifli
8 A
Siti Hani Syafiqah Binti Mohd Yunus
7 A , 1 B
Siti Shifarain Binti Mazlan
7 A , 1 B



Tahniah juga diucapkan kepada semua calon PMR yang telah mendapat keputusan yang memuaskan dan juga terima kasih kepada semua guru yang telah bertungkus-lumus membimbing calon PMR 2013.


Senarai Harga Buku Tulis dan Keperluan Pelajar Tahun 2014



Koperasi sekolah akan dibuka oada 23, 24, 25, 26, 27, 30 dan 31 Disember 2013.

Sumber: Koperasi SSN SMK Seri Kota Melaka Berhad.

Thursday 5 December 2013

TAKWIM SEKOLAH 2014


Sumber: http://www.moe.gov.my


MUET

STPM PENGGAL 2 TAHUN 2014

STPM ULANGAN PENGGAL 3 TAHUN 2013

Sumber: http://www.mpm.edu.my

Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia



Rasional

Seperti lurusnya huruf Alif, penggunaan huruf 'I' melambangkan INSAN, ILMU dan IMAN. 3 'l' ini adalah teras konsep logo ini. Pendekatan menggunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘I’ itu. Kegunaan huruf 'I' umpama lurusnya 'Alif' melambangkan insan dan iman, juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasi fikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘I’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah 'I' melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berakhlak mulia.


Rekabentuk oleh:
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)

Sumber: http://www.moe.gov.my

Sunday 24 November 2013

Senarai Pelajar Tingkatan 1 (2014)

Tahniah kepada semua pelajar Tingkatan 1 sesi 2014 yang telah berjaya diterima masuk ke Sekolah Sukan Negeri SMK Seri Kota.
Berikut adalah senarai nama pelajar yang terpilih:



Tahniah bagi para pelajar yang telah berjaya memasuki SSNSMKSK sesi 2014.
Pelajar yang berjaya diminta untuk mendapatkan surat tawaran dari sekolah rendah masing-masing.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak sekolah di nombor telefon 06-2825126

Sumber: En Baharim Bin Md Yasin (GPK HEM)

Thursday 14 November 2013

Selamat Bercuti









Cuti Sekolah Akhir Tahun:
16 November 2013 hingga 01 Januari 2014

Pengemaskinian Data Dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Semua guru dan staf SMK Seri Kota, dikehendaki untuk mengemaskini maklumat berikut:

§  Maklumat peribadi
§  Perkhidmatan
§  Keluarga
§  Kursus / Latihan/Elaun
§  Pengalaman Kerja
§  Mata pelajaran/ Kokurikulum
§  Kelulusan Akademik
§  Tugasan

Dengan ikuti langkah berikut :

  1. Log in dalam SPS
  2. Klik Pentadbir Sistem
  3. Rujuk Pengurusan Staf
  4. Klik Selenggara Maklumat Staf
  5. Klik nama pengguna (Nama guru berkenaan)
  6. Isi maklumat yang berkaitan.


Langkah 1 : Log in atau taip
 https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms_sps/login.jsp
atau
SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

Langkah 2 : Isi nama pengguna dan kata laluan


PANDUAN UMUM
CONTOH
NAMA PENGGUNA
:
NO MYKAD.MEB2145
81072104XXXX.MEB2145
KATA LALUAN
:
NO . MYKAD
81072104XXXX

Langkah 3 : Isi maklumat
§  Maklumat peribadi
§  Perkhidmatan
§  Keluarga
§  Kursus / Latihan/Elaun
§  Pengalaman Kerja
§  Mata pelajaran/ Kokurikulum
§  Kelulusan Akademik
§  Tugasan

CATATAN : PERLU DISIAPKAN SEMASA CUTI KERANA PENGGUNAAN SISTEM AKAN DIGUNA PAKAI PADA TAHUN 2014. HARAP MAKLUM.

Monday 11 November 2013

Liga KPM Grand Prix Sepak Takraw 2013

Tarikh: 07 hingga 09 November 2013
Tempat: Kuala Lumpur.
Anjuran: Kementerian Pendidikan Malaysia
Jurulatih: En Hemran Bin Mahat, En Mohd Faizal Bin Mohd Isa, dan En Zaidi Bin Mohamad.
Pencapaian: 1. Naib Johan Kebangsaan Kategori Bawah 16 tahun
                   2. Tempat Ketiga Kebangsaan Kategori Bawah 14 tahun
                   3. Pemain Terbaik Apit Kanan Bawah 14 tahun :
                       Muhammad Asyraf Bin Zawawi (Tingkatan 2A)
                   4. Pemain Terbaik Apit Kiri Bawah 16 tahun :
                       Muhammad Aidil Bin Adnan (Tingkatan 4B)



Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan sepak takraw kerana telah bertungkus lumus dalam meraih kejayaan sepanjang 5 sirkit yang telah berlangsung ini dan berjaya mengharumkan nama SSNSMKSK sekali lagi..
Secara keseluruhannya, kita telah berjaya berada setapak di belakang Sekolah Sukan Malaysia Tengku Mahkota Ismail, Bandar Penawar Johor.
Tahniah...
Sumber: En Hemran Bin Mahat (Jurulatih)




Saturday 9 November 2013

Sistem Latihan Malaysia SULDP 2013

Semua guru dan staf diminta untuk mengemaskini maklumat LDP di laman sesawang berikut: http://apps.moe.gov.my/splg/index.cfm








































Sumber: En. Safuan (Kaunselor SSNSMKSK)

Thursday 17 October 2013

Jadual Peperiksaan Akhir Tingkatan 4 Tahun 2013

pat ting 4 by Shaleyati Mohamed




Sumber: Pn Sua Yen Mei (setiausaha peperiksaan)

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-37 Tahun 2013

Tarikh: 17 Oktober 2013 (Khamis) 12 Zulhijjah 1434H
Masa: 2.30 petang hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan Terbuka, SSNSMKSK
Dirasmikan oleh: En Othman Bin Sagap (Pegawai PPD Melaka Tengah)






Tuesday 15 October 2013

Kejohanan Hoki Bawah 14

(Perempuan) Peringkat Kebangsaan 2013
Tarikh: 10 Oktober 2013 (Khamis) hingga 13 Oktober 2013 (Ahad)
Tempat: Stadium Hoki, Bukit Serindit, Melaka.

Keputusan Pertandingan:














Tahniah diucapkan kepada pasukan hoki SSN SMK Seri Kota kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan sekaligus mengharumkan nama Negeri Melaka..Tahniah..

Selamat Hari Raya Aidiladha 1434 Hijrah



Sukantara 2013

Tarikh: 10 Oktober 2013 (Khamis)
Tempat: Stadium Mini, SSNSMKSK
Acara: 100m, 400m, Lompat Jauh, dan Lontar Peluru.



Wednesday 9 October 2013

TAKLIMAT e-PRESTASI SISTEM MAKLUMAT GURU

Tarikh: 05 Oktober 2013 (Sabtu), & 10 Oktober 2013 (Khamis)
Tempat: Bilik Tayang SSN SMK Seri Kota
Disampaikan Oleh: En Abdul Ghani Bin Ahmad

1. Slide ToT (Perlaksanaan & Sistem e-Prestasi
i) Pelaksanaan PBPPP TOT PPD

ii) Taklimat Sistem e-Prestasi

iii) Instrumen PBPPP

iv) Instrumen Keberhasilan Guru PdP

v) Instrumen Keberhasilan Pengetua dan Guru Besar

vi) Instrumen Keberhasilan Penolong Kanan

2. Manual Pengguna (Pelaksanaan & Sistem e-Prestasi)
i) Manual Am Pelaksanaan PBPPP

ii) Modul Sistem e-Prestasi

iii) Muka Depan Manual Am

3. Instrumen Penilaian Kompetensi (Guru & Pemimpin Sekolah)
i) Guru
a) Guru Akademik

b) Guru Bimbingan & Kaunseling

c)Jurulatih

ii) Pemimpin Sekolah
a) Kepimpinan Sekolah

4. Instrumen &Simulasi Keberhasilan (Guru & Pemimpin Sekolah)
i) Instrumen
a) Instrumen Keberhasilan Guru

b) Instrumen Keberhasilan Pengetua

c) Instrumen Keberhasilan Penolong Kanan

ii) Simulasi
a) Simulasi Keberhasilan Guru

4. ii) a. Simulasi Keberhasilan Guru



b) Simulasi Keberhasilan Pemimpin Sekolah

5. Borang Pemantauan
i) Borang Pemantauan Pelaksanaan PBPPP

ii) Borang Pemantauan Taklimat PBPPP

Saturday 5 October 2013

Liga Bola Sepak KPM (semi final) 2013

Tarikh: 05 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa: 4.00ptg - 6.00ptg
Tempat: Padang Bola Sepak, SSN SMK Seri Kota, Melaka.

Perlawanan antara pasukan bola sepak :
SSN SMK Seri Kota, Melaka vs SSN SMK Mutiara Impian, Pulau Pinang.

Keputusan Perlawanan:


SSN SMK Seri Kota, Melaka
SSN SMK Mutiara Impian, Pulau Pinang.

Pasukan Bawah 14 
03




Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Pulau Pinang.
& Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir memberikan sokongan.




Tuesday 1 October 2013

Jadual PMR 2013



Kepada semua calon PMR 2013,

Semoga beroleh kejayaan dengan cemerlang! InshaAllah

p/s: Ini adalah Peperiksaan PMR yang terakhir. Tahun depan akan digantikan dengan PBSMR!! Kita tunggu yer..

Saturday 28 September 2013

FrogAsia VLE



Mempekenalkan Projek 1Bestarinet:


FrogAsia by YES:


Yess ID:
Sila dapatkan dari guru ICT.
Bagi guru baru,sila dapatkan yess id dan password anda dari guru data/ict di sekolah lama. Minta mereka 'transfer out' nama guru dan perlu beri pada guru ICT sekolah terkini untuk proses 'transfer in' di sekolah terkini. Harap maklum dan 'welcome to the pond:)'

Kursus Integriti

Tarikh : 28 September 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Sekolah Teknik Bukit Piatu, Melaka.

Kursus anjuran Jabatan Pendidikan Melaka ini telah pun dihadiri oleh semua guru SSN SMK Seri Kota dan tiga buah sekolah yang lain.
Kursus ini telah dimulakan dengan pendaftaran, nyanyian lagu Negaraku, lagu Melaka Maju Jaya, bacaan doa dan ikrar integriti. Seterusnya diselitkan dengan ceramah integriti yang dibahagikan kepada dua slot.
Tujuan kursus ini dijalankan adalah bagi meningkatkan kesedaran penjawat awam mengenai Pelan Integrasi Nasional (PIN) dan menerapkan Integriti dalam kalangan penjawat awam keseluruhannya. Insyaallah..





UJIAN KOMPETENSI ICT








Tarikh Ujian : 27 September hingga 2 Oktober 2013

Ujian ini merupakan komponen di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. 
Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan WAJIB menjawab semua 30 soalan mengikut tempoh masa yang ditetapkan(40 minit sahaja). 
Ujian ini boleh diakses 24 jam.

Sila klik di sini : 
http://ict-kpm.azurewebsites.net/ 

Makluman: 
* Sekiranya mempunyai masalah semasa "Log Masuk" sila hubungi HELPDESK di talian 03-77310327 atau di email helpdesk@opulens-sa.com
* Pihak HELPDESK tidak mengeluarkan sebarang keputusan ujian. Keputusan hanya dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

Sunday 22 September 2013

Program Solat Hajat & Bacaan Yasin 2013M/1434H

Tarikh: 20 September 2013 (Jumaat)
Masa: 6.30 petang hingga 9.15 malam
Tempat: Surau Al Firdaus, SSNSMKSK
Imam: Ustaz Ahmad Samsol Bin Selamat (SBPI Selandar, Melaka)


Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua Jawatankuasa program, Persatuan IbuBapa&Guru (PIBG) dan juga kepada pengusaha Dewan Makan Asrama. Semoga program ini dapat memperkukuhkan kerohanian dan menjadi pendorong bagi meningkatkan usaha terancang dan berkesan ke arah pencapaian akademik dan sahsiah yang cemerlang. Insyaallah..