Thursday 30 June 2011

1Murid 1Sukan 1Malaysia

Program Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Seluruh Negara

Tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 6.45 pagi
Tempat : Taman MBMB Bukit Serindit, Melaka.
Perasmi: Ketua Menteri Melaka YAB DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Sasaran : Semua murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, ahli keluarga, ahli masyarakat setempat.









Artikel:
  Kira-kira tiga juta pelajar dan guru sekolah bakal menyertai satu larian yang akan dilakukan secara serentak diseluruh negara pada 02 Julai ini bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan.

   Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia itu antara lain bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.

   Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia diharap mencipta rekod The Malaysia Book of Records bagi kategori penyertaan terbesar pelajar sekolah dalam acara larian.

“Larian akan bermula pada masa yang sama di sekolah atau lokasi yang ditetapkan Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai larian peringkat kebangsaan di Taiping,” katanya.


Maklumat lanjut mengenai larian tersebut boleh diperoleh melalui laman web http://moe.gov.my/bsukan.

No comments:

Post a Comment