Wednesday 17 August 2011

Buletin Ramadan 1432H/2011M Bil.3


أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم.  بسم الله الرحمن الرحيم.  السلام عليكم ورحمة الله
 وبركاته الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحب أجمعين

Tips bagi Ramadan lebih bermakna .

1. Banyakkan berdoa agar Allah S.W.T memberikan keinginan dan semangat beribadat yang tinggi pada Ramadan. Kita kadangkala tertanya diri sendiri ‘ mengapalah malas sangat aku ini .’
Tanpa berbuat apa-apa kita dengan kemalasan melalui Ramadan. Perasaan tak semangat beribadat boleh dirawat dengan meminta  Allah mendatangkan semangat. Berdoa dan berdoa, sebab doa juga adalah ibadat dan ada kuasa tersendiri. 
(Maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya)


2. Pergilah ziarah kubur sebelum atau di awal Ramadan kerana ia akan mengingatkan betapa kurangnya kita persiapan amalan. Ziarah kubur sebenarnya hendak menolong diri kita, bukan sahaja si mati. Sebenarnya ‘time is life’ (masa itu kehidupan). Luang masa itu membunuh kehidupan. Orang yang sudah mati tidak ada masa. Dengan keinsafan berziarah mendorong kita untuk tidak sia-siakan peluang sebulan Ramadan kali ini.
Doa ziarah kubur “Semoga kesejahteraan untukmu wahai penduduk kampung dari orang-orang mukmin dan muslim.Sesungguhnya kami Insya Allah, akan menyusulmu, kami mohon kepada Allah untuk kami dan kamu, agar diberi keselamatan” (HR. Muslim 2/671).


3.Meriahkan kehadiran Ramadan dengan perbanyakkan ucapan sesama sahabat dan keluarga dengan kata-kata semangat agar bertambah ‘ghairah’ dan bermakna dalam bulan berkat ini.
Dalam sunnah pun Nabi S.A.W selalu memberikan khabar gembira kepada kalangan sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR Ahmad)


4. Tambah ilmu fiqah mengenai cara berpuasa Nabi Muhammmad S.A.W dan kalangan sahabat serta salafussoleh serta kelebihan Ramadan dan fadilatnya dengan membaca buku ataupun menghadiri ceramah dan tazkirah Ramadan yang diadakan di pejabat dan surau masjid agar berpuasa dengan panduan ilmu, bukannya ikut adat.


5. Perbanyakkan istighfar dan taubat secara bersungguh-sungguh kerana dosa-dosa inilah yang akan memalapkan kejernihan hati untuk berseronok dengan ibadat. Tinggalkan dosa dan maksiat. Anggaplah Ramadan kali ini sebagai satu ‘madrasah’ (sekolah) yang berkesan mengubah hati, akal dan nafsu yang selama ini menjadi pak turut kepada syaitan yang menjadi seteru Allah.
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31) 


6. Berbisiklah pada diri, berkemungkinan puasa kali ini adalah puasa yang terakhir dalam hidup kita sebab umur adalah dalam kekuasaan Allah. Semoga Allah S.W.T memanjangkan usia kita sehingga dapat berpuasa sepenuhnya kali ini.
وبالله التوفيق والهدايه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Disediakan oleh : Panitia Pendidikan Islam.

No comments:

Post a Comment