Thursday 29 September 2011

Program Bacaan Yassin & Solat Hajat

Tarikh: 29 September 2011 / 2 Zulkaedah 1432H
Hari: Khamis
Tempat: Surau Al Firdaus, SSNM SMk Seri Kota.
Tema: IMAN, ILMU DAN AMAL TERAS KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT
Kumpulan Sasaran: Pelajar PMR, SPM , STPM (225 orang pelajar Islam)
Penceramah Jemputan: Ustaz Yaakob bin Md. Amin
                                   (Pengetua Ma'ahad Tahfiz, Masjid Saidina Ali, Bkt Katil Melaka.)

Program bacaan Yassin dan Solat Hajat ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau dan Panitia Pendidikan Islam Sekolah.

Add caption
Program ini diadakan sebagai usaha memberi kekuatan rohani sebagai persediaan menghadapi peperiksaan; melahirkan pelajar-pelajar yang beriman, berketrampilan dan bertaqwa ke arah pembentukan sahsiah dan akhlak.

Pelajar-pelajar bergotong-royong seawal jam 10 pagi lagi...

Objektif:
Memupuk sifat kasih sayang dan bertanggungjawab ibubapa, menghargai anak.
Melahirkan sifat hormat anak terhadap terhadap ibubapa dan guru.

Sebagai satu wadah memupuk hubungan mesra antara guru-guru, ibu bapa dan para pelajar.

Pendorong untuk meningkatkan usaha terancang dan berkesan ke arah pencapaian akademik dan sahsiah yang cemerlang.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak terutamanya pihak Kolej Komuniti Kota Melaka di atas sumbangan dan penglibatan dalam menjayakan program ini.
Pengerusi Program Pn Puspa Adam bersama pihak Kolej komuniti Cawangan Kota Melaka

No comments:

Post a Comment