Tuesday 14 February 2012

Portal Pangkalan Data Murid



Tanggungjawab Pengguna (tatacara penggunaan)
1.    Log masuk pengguna

1.1. Tatacara dimulakan dengan pengisian log masuk bagi pengguna. Sila isi no kad pengenalan sebagai nama pengguna dan ‘guru’ (jika belum ditukar) sebagai katalaluan dalam Portal Pangkalan Data Murid.

1.2. Portal akan memaparkan aplikasi atau kemudahan yang boleh diakses oleh pengguna setelah log masuk berjaya seperti Paparan 9.
Paparan 9 : Paparan utama pengguna
 
1.3. Jika log masuk pengguna tidak berjaya atau maklumat seperti nama guru dan nama kelas tidak seperti yang sepatutnya, sila berhubung dengan administrator sekolah untuk semakan serta pengemaskinian malumat (Bahagian A : Perkara 3 hingga 5).
 
2.    Padam data murid

2.1. Urusan ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu agar tidak mengganggu khususnya urusan pendaftaran murid (Bahagian B : Perkara 4).

2.2. Klik butang Data Murid di menu Aplikasi dan Paparan 10 merupakan senarai nama murid sedia ada bagi kawalan pengguna berdasarkan data SMM tahun 2011 yang telah dinaikkan tingkatan / tahun bagi tahun 2012.
Paparan 10 : Senarai nama murid sedia ada
2.3. Klik butang Padam mengikut baris nama murid yang ingin dipadamkan datanya seperti Paparan 10.

2.4. Sila pilih sebab data perlu dipadam seperti Paparan 11.
Paparan 11 : Pilihan sebab data murid ingin dipadam
2.5. Data murid akan dpadamkan dari senarai setelah butang Padam Murid diklik.

3.    Pindah data murid

3.1. Murid-murid yang telah diaturkan berada di kelas lain perlu dipindahkan oleh pengguna dengan memilih butang Data Murid di menu Aplikasi dan butang Kemaskini Kelas pada baris nama murid yang ingin dipindahkan (rujuk Paparan 12).
Paparan 12 : Urusan pindah kelas murid
 
3.2. Sila pilih nama kelas terkini murid tersebut dan klik butang Kemaskini untuk pengesahan (rujuk Paparan 13).
Paparan 13 : Pilihan kelas baru murid
 
3.3. Kemudahan ini turut membenarkan pengguna memindahkan data murid ke tingkatan / tahun lain mengikut nama kelas secara individu.

3.4. Dalam proses kerja ini, kemudahan ini kerap digunakan untuk murid-murid dari Tahun 2 hingga Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas.

4.    Daftar murid baru

4.1. Kemudahan ini disediakan untuk memastikan data murid dalam senarai dihapuskan dipaparkan semula dan disahkan untuk berada di sekolah dan kelas pengguna. Oleh itu, pastikan semua pengguna melaksanakan urusan di Bahagian B : Perkara 2 terlebih dahulu agar tidak mengganggu urusan-urusan di perkara ini.

4.2. Klik butang Data Murid di menu Aplikasi dan butang Daftar Murid seperti Paparan 14.
Paparan 14 : Urusan tambah murid
 
4.3. Paparan 15 merupakan kemudahan carian yang disediakan untuk pengguna agar kerja-kerja mengemaskini maklumat dapat diminimumkan.

4.4. Terdapat dua kaedah yang disediakan untuk urusan pendaftaran murid baru :
4.1.1.   Penerangan pilihan carian data sedia ada
4.1.1.1.   Kemudahan ini membenarkan pengguna memilih salah satu kata kunci sama ada carian melalui MyKid / nombor kad pengenalan, nombor sijil lahir atau nombor pasport.
4.1.1.2.   Portal akan mencari kata kunci melalui pilihan yang dibuat ke atas data sedia ada dan makluman tentang carian tersebut akan dimaklumkan
4.1.1.3.   Sila guna pilihan ini untuk :
4.1.1.3.1.  urusan murid berpindah masuk dari sekolah kerajaan
4.1.1.3.2.  urusan murid naik ke Peralihan / Tingkatan 1 / Tingkatan 6 Bawah
4.1.1.3.3.  murid Tahun Satu (data diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara mengikut kohort)

4.1.2.   Penerangan pilihan pengisian data baru
4.1.2.1.   Jika carian data sedia ada tidak dapat membantu pengguna, sila guna kaedah ini untuk urusan pendaftaran murid baru

4.1.3.   Walau bagaimanapun, pengguna diminta menggunakan pilihan carian data murid terlebih dahulu. Urusan ini bertujuan untuk mengelakkan pertindihan data murid yang sama. Jika sah urusan tersebut gagal, pengguna dibenarkan memilih pengisian data baru.

# Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila klik di sini:
http://www.scribd.com/doc/81813049/Manual-Guru-Ting
atau hubungi guru data dengan segera...

Sumber: PN. SITI NOOR HAMIDAH BT. AZIHI




No comments:

Post a Comment