Sunday 25 March 2012

Program Guru Penyayang & Ponteng Sifar

Majlis Perasmian Program Guru Penyayang & Ponteng Sifar 2012


Tarikh: 26 Mac 2012 (Isnin)
Tempat: Dewan SSNM SMK Seri Kota
Anjuran: Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Bimbingan & Kaunseling

Tujuan: 
Pelaksanaan Guru Penyayang bertujuan supaya guru mengamalkan dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah

Konsep:
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain.
Hal ini bermakna Guru Penyayang ialah individu yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
Lantaran itu, membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibubapa, komuniti dan masyarakat.

Objektif: -Menjiwai amalan penyayang ialah budaya guru.
              -Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.


Aktiviti: 3 Elemen Penting
             Elemen 1:  Mengalu-alukan kehadiran murid
             Elemen 2:  Pelaksanaan program Mentor Mentee
             Elemen 3:  Memberi penghargaan kepada murid

No comments:

Post a Comment