Saturday 5 January 2013

Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 (2013)

Pada 2/1/2012 – 4/1/2012 iaitu pada hari Rabu, Khamis, dan Jumaat telah diadakan Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang persekitaran sekolah menengah di samping memupuk sikap jatidiri di kalangan mereka dalam mematuhi disiplin sekolah dan meningkatkan kualiti diri.
Program ini juga diadakan bagi memastikan pelajar yang baru menempuhi alam sekolah menengah dapat menyesuaikan diri dengan baik dan dapat menguasai ilmu yang diberikan guru dengan sempurna. Selain itu pelajar juga didedahkan dengan bilik-bilik khas di sekolah dengan bantuan Lembaga Pengawas yang dilatih untuk membawa pelajar melawat persekitaran sekolah. Lawatan ini penting bagi memastikan pelajar dapat mengenali sekolah dengan lebih dekat serta menyuburkan budaya sayangi sekolah di kalangan pelajar.
Program yang telah dijalankan seperti taklimat Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pemilihan Matapelajaran  serta aktiviti daripada Lembaga Pengawas telah banyak membantu pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 dalam menyesuaikan diri dalam persekitaran di sekolah serta memantapkan jatidiri pelajar dalam menuntut ilmu yang diberikan oleh guru-guru nanti.
Keratan akhbar: Melaka Hari Ini (muka surat 27)





























Semoga dengan berlangsungnya program seumpama ini dapat merealisasikan hasrat sekolah untuk melahirkan pelajar yang lebih berkeyakinan dan berdedikasi dalam proses menimba ilmu di sekolah.

No comments:

Post a Comment