Sunday 3 April 2016

MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA-UNIVERSITI KPM 2016



PERHATIAN KEPADA PEMOHON:-


Calon yang bertaraf atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.

Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2016.

Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan.

Namun begitu, anda perlu menghantar secara pos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.

PANDUAN PERMOHONAN
Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:

Mengisi dan melengkapkan borang permohonan secara online di https://prau.moe.gov.my

Mencetak borang tersebut DAN melengkapkan maklumat pada ruang berikut:
Ruang E. Ulasan Jurulatih
Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan
Ruang G. Perakuan
Ruang H. Pengesahan

Menghantar borang permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen yang berkaitan yang telah DISAHKAN secara pos dan perlu sampai ke Bahagian Sukan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan online.

Sila hantar borang tersebut ke alamat berikut :
Pengarah
Bahagian Sukan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u/p: Unit Sekolah Sukan Malaysia)

NOTA PENTING: Borang yang TIDAK LENGKAP dan LEWAT diterima tidak akan diproses.

Pertanyaan Umum (PERMOHONAN) :
- Fauziah Ahmad
No. Tel : 03-8884 1172/1114
- Sahrul Tahiri
No. Tel : 03-8884 1086

No comments:

Post a Comment