Sunday 23 June 2013

Jerebu: Sekolah di Melaka diarah tutup

Kesemua 313 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh Melaka diarah tutup bermula 24 Jun 2013 ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap bahaya.

Selain itu, institusi prasekolah termasuk Tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka serta milik swasta turut diarah tutup.

Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkata kesemua institusi itu hanya akan dibuka semula sekiranya IPU menurun ke tahap sihat untuk aktiviti luar.

"Kita baru sahaja dimaklumkan mengenai penutupan sekolah ini oleh Kementerian Pendidikan dan semua sekolah itu akan dibuka semula apabila diberitahu kelak," katanya dalam sidang akhbar di Melaka hari ini.

Katanya IPU di Bandaraya Melaka pada 2 petang mencatatkan bacaan 397 manakala Bukit Rambai 456.

Sumber: Bernama

Pemandangan jerebu sekitar Melaka pada 23 Jun 2013 jam 10 pagi.

No comments:

Post a Comment