Tuesday 7 January 2014

Perhimpunan Rasmi Kali Pertama

Tarikh: 7 Januari 2014
Hari: Selasa
Tempat: Dewan Terbuka SSNSMKSK.
Masa: 7.20 hingga 8.20 pagi.



Catatan:
1. Pada tahun 2014 ini, perhimpunan rasmi akan dijalankan pada setiap hari Selasa dan para pelajar dikehendaki berpakaian lengkap dan kemas. Pelajar tidak dibenarkan berpakaian sukan pada hari Selasa.

2. Kegiatan ko-kurikulum akan dijalankan pada setiap hari Rabu jam 7.20 hingga 9.00pagi. Para pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam lengkap mengikut kelab/persatuan dan badan beruniform masing-masing.

3. Program Sport & Fitness akan dijalankan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis pada jam 6.20 hingga 6.50 pagi. Semua pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4, dan 5 terlibat.

4. Program Bacaan Yassin / Moral mingguan akan dijalankan pada setiap hari Jumaat jam 7.15 hingga 7.40 pagi.

5. Kelas Kecemerlangan khusus untuk pelajar tingkatan 5 akan diadakan pada setiap hari Isnin, Rabu, dan Khamis pada jam 7.20 hingga 7.40 pagi bagi membantu pelajar dalam matapelajaran wajib lulus SPM (Bahasa Melayu & Sejarah).

6. Kempen Penggunaan Tenaga Dengan Cekap selaras dengan visi Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020; warga SSNSMKSK ditegaskan untuk mengamalkan amalan hijau dalam budaya di sekolah seperti memastikan semua suis ditutup sebelum keluar kelas dan jimat tenaga bagi mengelak pencemaran / bencana. Pihak pentadbir juga telah mengambil inisiatif mengecat dinding bilik-bilik darjah dengan warna 'hijau epal' pada musim cuti sekolah yang lalu.

7. Badan Pengawas dan guru disiplin menjalankan pemeriksaan tatacara berpakaian kepada semua pelajar di akhir perhimpunan.

No comments:

Post a Comment