Thursday 29 May 2014

PROGRAM KELAS TAMBAHAN PT3 DAN SPM 2014

Tarikh: 27 hingga 29 Mei 2014 (3 hari 2 malam)
Hari: Selasa hingga Khamis
Kumpulan Sasaran: Pelajar tingkatan tiga dan pelajar tingkatan lima.

Program Kelas Tambahan ini  bertujuan supaya pelajar-pelajar  dapat menilai kendiri di samping membantu mereka memahami dan menguasai  semua mata pelajaran  agar memperoleh keputusan yang CEMERLANG  dalam PT3 dan  SPM nanti.

Rasional diadakan program ini untuk pelajar-pelajar PT3 dan SPM ini adalah sebagai langkah persediaan dari segi mental dan fizikal dalam memantapkan pengetahuan bagi menghadapi peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Berikut adalah jadual induk bagi program kelas tambahan tersebut:

Sumber: Pn. Hjh. Puspa binti Adam (GKMP Kemanusiaan/Setiausaha Program)



Sesi pendaftaran, taklimat dan ice-breaking. (27.05.2014)

Kelas Tambahan Fizik, Pendidikan Islam 8.00 hingga 10.00 malam. (27.5.14)

Kelas tambahan Pendidikan Islam dan Sains  8.00 hingga 10.00 malam. (27.5.14)


Solat, Makan serta Kelas Tambahan Sejarah  8.00 hingga 10.00 pagi. (28.5.14)

Kelas tambahan Matematik dan Sejarah  8.00 hingga 10.00 pagi. (28.5.14)

Kelas tambahan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris  10.30 hingga 12.30 tengah hari. (28.5.14)

Kelas Tambahan Matematik,  Biologi  2.30 hingga 4.30 petang. (28.5.14) ,dan English 8 hingga 10 malam.

Kelas Tambahan Sains, English 8.00 hingga 10.00 malam (28.5.2014), KH 8-10pagi (29.5.2014)
Kelas Tambahan KH, Perdagangan, Ekonomi, Kimia 8.00 hingga 10.00 pagi (29.5.2014)

Motivasi Pelajar bersama Pencetus Ummah Fakhrur Islam bin Md Zarin

Sesi bergambar bersama PU Fakhrur Islam bin Md Zarin
Semoga usaha yang dilakukan ini dapat memberikan hasil yang diinginkan..InsyaAllah..

Sumber foto: AJK dokumentasi. (Pn Ezyana, Cik Faizah, Cik Anis, Pn Shaleyati)

No comments:

Post a Comment