Tuesday 6 May 2014

Selamat Datang Tingkatan 6 Rendah 2014

Tarikh: 5 Mei 2014 (5 Rejab 1435H)
Hari:Isnin


Sumber: Pn Lili Bt Basmi (GPK Tingkatan 6)

Pagi ini, SSNSMK Seri Kota menerima kemasukan sejumlah 31/170 orang pelajar lepasan SPM 2013 yang melapor diri bagi meneruskan pengajian pascamenengah, atau lebih tepat prauniversiti. Sama ada jumlahnya akan kekal atau berubah, bergantunglah kepada perancangan kumpulan pelajar 18 tahun berkenaan. Pengajian Tingkatan Enam yang menjurus kepada penganugerahan STPM boleh dilihat sebagai pilihan untuk merebut tempat di IPTA bagi kursus sarjana muda.

Rata-rata pelajar yang ditemui masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk kekal di SSNSMKSK, atau memilih jalan lain. Ada yang sudah mengintai peluang pekerjaan sambil mencongak peluang pengajian tinggi secara sambilan. Ada juga yang masih mengharap panggilan dari institusi pengajian lain seperti matrikulasi (simpanan), kursus diploma IPTA, politeknik, IKM, IKBN, kolej (universiti) swasta dan sebagainya.

Etika berpakaian:





































Program orientasi atau suai kenal yang dianjurkan oleh pihak sekolah, dengan kerjasama Persatuan Pelajar Tingkatan Enam akan merungkai beberapa persoalan, di samping memberi input sebagai pedoman untuk pelajar membuat keputusan. Pada hari Jumaat, pelajar akan mula masuk kelas untuk melengkapkan butiran diri dalam rekod daftar sekolah. Pada minggu berikutnya pula, pelajar akan didedahkan dengan sukatan pelajaran dan kemahiran generik pembelajaran aras tinggi.



Tempoh orientasi ini boleh dijadikan sebagai "window shopping" sebelum sebarang keputusan muktamad ditetapkan. Guru tingkatan 6 SSNSMKSK sedia membantu pelajar merealisasikan impian kecemerlangan mereka seperti yang tercatat sebagai rekod pencapaian STPM kohort sebelum ini. Dengan penambahbaikan skim perkhidmatan guru dan gaya pembelajaran tingkatan 6, daya tarikan STPM dijangka menjadi lebih hebat. Insyaallah..



No comments:

Post a Comment